16 April 2021 (Jumaat)

Alhamdulillah, tanggal 16 April 2021 hari Jumaat, jam 10.43 malam saya telah selamat melahirkan puteri keempat di usia kandungan saya 37 minggu 5 hari. Jarak antara anak ketiga dan keempat adalah 7 tahun. Agak lama berehat tetapi saya yakin Allah sebaik-baik pemberi rezeki pada masa yang telah Dia tentukan.


Mengimbas semula hari kelahiran Farha pada 16 April 2021(Jumaat).

Pagi itu saya kerja di pejabat seperti biasa. Rasa memulas perut sedikit dan beberapa kali ke tandas. Rehat yang panjang di hari Jumaat saya tidur dan berehat sahaja di pejabat. Balik kerja hujan renyai. Sampai di selekoh sebelum Hospital Serdang, kereta saya berpusing melanggar pembahagi jalan. Tayar terasa tidak jejak ke jalan raya. Mujur ada pemandu lori yang berada di belakang kereta saya membantu mengalihkan kereta. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana saya dan bayi dalam kandungan ketika itu berada dalam keadaan selamat. Enjin kereta boleh dihidupkan semula, cuma bahagian belakang kereta sahaja yang kemek sedikit. Saya agak trauma dan terkejut. Badan menggigil, jantung berdebar kencang namun saya gagahkan diri bawa kereta pulang ke rumah secara perlahan. Moga Allah membalas jasa pemandu lori yang membantu saya semasa kejadian kemalangan tersebut. Terima kasih.

Seusai sampai di tempat letak kereta, air ketuban saya pecah di tempat duduk dalam kereta. Saya keluar dari kereta, dan air ketuban pecah lagi. Saya menelefon pejabat abang, tapi talian tidak dapat disambungkan. Saya wasap abang dan kebetulan waktu bulan Ramadhan abang keluar kerja pukul 4.30 petang. Naik ke rumah, saya terus ke rumah kaklong. Beritahu air ketuban dah pecah dan saya akan ke hospital petang tersebut. Minta tolong uruskan anak-anak yang belum balik sekolah dan minta kaklong jagakan mereka sepanjang saya dan abang berada di hospital malam ini.

Pukul 5 petang abang sampai ke rumah. Saya bersiap-siap ke hospital. Dalam kereta rasa sakit perut memulas tetapi tidak kuat. Air ketuban tidak keluar lagi. Mulut saya berzikir tidak henti-henti. Saya sempat telefon ayah dan beritahu keadaan saya. 

Bersambung....

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu