Posts

Showing posts from July, 2016

Hari Sukan KAFA

Image
Tahun kedua Fina menyertai Hari Sukan Sekolah KAFA. Paginya hujan lebat dan basah padang. Kasut sekolah penuh lumpur dan tanah, tapi tak apalah, bukan selalu boleh main becak kan. Kali ini saya datang satu keluarga meraikan Hari Sukan KAFA. Tahun lepas hanya abang sahaja yang teman Fina. Pagi acara dimulakan dengan Perbarisan Rumah-Rumah Sukan, nyanyian lagu Negaraku, Selangor, lagu KAFA dan bacaan doa. Fina masuk acara bawa bola ping pong dalam sudu . Rumah sukan dia warna Merah. Fina dengan kawan kelas & adik-adik. Makan ayam goreng favourite dia. Acara bawa bola ping pong dalam sudu. Pukul 10 lebih acara sukan Fina habis. Dapat tempat ketiga, lepas dapat hadiah kami pun pulang ke rumah sebab cuaca dah panas. Minggu seterusnya ada Jamuan Hari Raya di KAFA dan sekolah kebangsaan. Suka sangat Fina dapat pakai baju raya pergi sekolah;)

Hari Raya Aidilfitri 2016

Image
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk meraikan Aidilfitri ini bersama keluarga dan insan tersayang dalam hidup. Tahun ini turn beraya di Terengganu. Kami balik awal 5 hari sebelum tarikh Hari Raya disambut. Hajatnya nak berbuka puasa di kampung bersama keluarga mertua di sana. Raya ini, kali pertama abang cadangkan untuk balik kedua-dua belah kampung. Itu pun kerana turn Raya Haji nanti kami akan pulang ke Terengganu seminggu untuk meraikan Majlis Pernikahan adik bongsu perempuan abang saya dan terus meraikan Hari Raya Haji di sana.  Menu Raya hasil air tangan ibu mertua tahun ini ialah Nasi Dagang Terengganu dan sudah tentu lauknya gulai ikan aya. Selain itu menu wajib ialah ketupat daun palas dan juga tapai. Bergambar di pagi raya adalah satu perkara yang masih mencabar. Ha2, susah betul nak suruh anak-anak berpossing dengan sopan santun.  Jadi gambar ini sahaja yang berjaya dirakamkan. 1 Syawal 1437H Fina-Fiqah-Fittriah pagi raya Petangnya selepas Asar ka