Hari Raya Aidilfitri 2016

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk meraikan Aidilfitri ini bersama keluarga dan insan tersayang dalam hidup. Tahun ini turn beraya di Terengganu. Kami balik awal 5 hari sebelum tarikh Hari Raya disambut. Hajatnya nak berbuka puasa di kampung bersama keluarga mertua di sana. Raya ini, kali pertama abang cadangkan untuk balik kedua-dua belah kampung. Itu pun kerana turn Raya Haji nanti kami akan pulang ke Terengganu seminggu untuk meraikan Majlis Pernikahan adik bongsu perempuan abang saya dan terus meraikan Hari Raya Haji di sana. 

Menu Raya hasil air tangan ibu mertua tahun ini ialah Nasi Dagang Terengganu dan sudah tentu lauknya gulai ikan aya. Selain itu menu wajib ialah ketupat daun palas dan juga tapai.

Bergambar di pagi raya adalah satu perkara yang masih mencabar. Ha2, susah betul nak suruh anak-anak berpossing dengan sopan santun.  Jadi gambar ini sahaja yang berjaya dirakamkan.

1 Syawal 1437H

Fina-Fiqah-Fittriah pagi raya
Petangnya selepas Asar kami bergerak pulang ke Negeri Sembilan. Sampai kampung saya jam 1.30 pagi. Saya memang tak beritahu pada ayah nak balik sebab nak suprised kan dia. Akibatnya ketuk pintu banyak kali pun ayah tak bangun. Kena ketuk kat tingkap belakang rumah tepi bilik baru ayah sedar dari tidur.

Raya Kedua duduk di rumah sahaja sebab saudara mara dari kampung nak beraya. Raya Ketiga kami pulang ke kampung nenek di Melaka untuk beraya ke rumah saudaramara di sana. Raya ke lima kami pulang semula ke Kajang kerana anak-anak mula bersekolah Isninnya.

Hujung minggu syawal berikutnya beraya ke rumah saudara serta memenuhi undangan rumah terbuka daripada sahabat handai.

Salam Aidilfitri yang masih berbaki daripada kami sekeluarga.
Maaf Zahir dan Batin.
Moga amalan di bulan Ramadhan tahun ini diterima dan diberkati Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

2nd Maternity & Children Expo @ Mid Valley Megamall