03 April 2017

Sesi Fotografi Tabika

Tabika ini awal sesi fotografinya. Awal tahun dah tangkap gambar kelas siap-siap. Bagus macamtu, sebab awal tahun baju masih baru lagi. Ada juga gambar perseorangan, tapi yang tu jurugambar yang akan beri nanti. Ini gambar kelas Fiqah (6 tahun) yang cikgu dia ambil.

Layan:)





Lawatan ke Balai Bomba

Bulan lepas Tabika Fiqah adakan program lawatan ke Balai Bomba Putrajaya. Sukalah sangat Fiqah dapat naik bas pergi rombongan. Ini kali pertama Fiqah dapat naik bas. Bila tanya Fiqah tengok apa- dia jawab bomba tu baik mama. Dia bagi ceramah dan pasang cerita upin dan ipin yang ada bomba tu! 

Mama layan gambar yang Cikgu wasap  jer lah.







Bila tanya Fiqah rasa ape? Dia jawab RONOK (seronok) lah mama dapat pergi balai bomba.

Happy Birthday Fittriah

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Nur Anisah Fittriah telah genap berusia 3 tahun pada 27 Mac 2017 yang lalu. Mama beli kek dan goreng pasta untuk sambutan secara kecilan bersama keluarga. 3F memang sejak kecil, kalau potong kek, nak kene potong bertiga sekali. Kaedahnya semua dapat sambut birthday bersama-sama;)


Kek ini beli daripada kedai kek di Semenyih. Kakak Fina yang pilih sebab dia cakap Fittriah suka ada patung Pikachu dan Hello Kitty. Doa mama agar Fittriah membesar dengan sihat walafiat, sentiasa ceria dan menjadi penghibur dalam keluarga kecil kita. Moga berjaya dalam menjalani kehidupan sehingga Fittriah besar kelak. AMIN.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails