Stok susu

Perjalanan penyusuan susu ibu diteruskan dengan tenang walaupun terdapat juga sedikit ujian yang dihadapi sepanjang tempoh 7 bulan usia Farha. Stok susu beku EBM makin surut dan tinggal 2 plastik sahaja untuk digunakan. Bekalan susu Farha di Taska masih sama dari usianya 3 bulan hingga sekarang iaitu sebanyak 6 botol susu 2.5-3.0 oz termasuk fresh EBM semasa pam di pejabat dan juga tambahan stok susu beku EBM. 

Walaupun Farha dah mula makan makanan pejal semasa usianya 6 bulan, tetapi Farha masih minum banyak susu di Taska. Sesekali baru ada baki sebotol susu yang tidak akan habis. Di rumah dan waktu cuti Farha akan menyusu terus daripada saya. Stok susu pam di pejabat tidak dapat menampung keperluan harian Farha.

Stok susu EBM.

Asingkan ikut 1 plastik untuk 1 bulan.

Stok EBM yang telah disusun dalam deep freezer.

Stok susu beku bertahan selama 6 bulan memandangkan saya menyimpan stok susu tersebut dalam peti ais sejuk beku. Jadi stok susu masih boleh digunakan sehingga Disember 2021. Kalau dicongak saya rasa stok susu beku boleh menampung bekalan Farha dalam tempoh 2 bulan lebih sahaja. Selebihnya saya berharap waktu itu Farha akan mula kurang sedikit permintaan dengan susu dan  lebih pengambilan makanan pejal untuk membesar. 

Beberapa pengalaman yang saya hadapi ketika menghantar Farha di Taska :

  • Stok susu tidak cukup, Farha minum lebih daripada bekalan biasa. Pukul 2 petang dah minum 5 botol susu. 
  • Puting botol susu tertinggal sewaktu hantar Farha waktu pagi. 
  • Terima panggilan telefon daripada cikgu taska dan maklumkan Farha demam dan menangis masa saya ambil dia di taska.
Sementara Farha besar sedikit, setiap hari adalah hari yang memberikan pengalaman baru sebagai seorang ibu dari segala aspek. Rutin harian dijalani seperti biasa dan kadang-kadang luar biasa dan doa saya moga Allah akan permudahkan semuanya. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu