Farha 6 bulan

Masa berlalu begitu pantas. Tanpa disedari anak-anak makin membesar dan bertambah usia kita menghampiri kematian. Semoga saya sentiasa istiqamah dalam membuat kebaikan dan beroleh pengakhiran yang baik. Amin. 

Bulan Oktober 2021 Farha telah berusia 6 bulan. Saya tidak sempat berkongsi pengalaman Farha sewaktu berusia 1-5 bulan, diam tak diam dah masuk 6 bulan sudah usianya. Simpan dahulu memori dan perkembangan Farha di usianya sekarang supaya tidak lupa.

  • Berat sekarang 7.77 kg.
  • Boleh meniarap sambil berguling.
  • Pandai dan suka makan. Terkulat-kulat tengok orang makan. 
  • Bekalan susu di taska masih kekal 6 botol sehari, tidak berubah walaupun Farha dah mula makan. Selalunya akan habis 5 botol. Saya juga bekalkan 2 bekas bubur campur sayur karot/labu, 1 bekas kecil puri buah pir/epal/mangga dan bijiran bayi.
  • Suka gelak bila diagah.
  • Suka bila Kakak Fittriah nyanyikan lagu: Farha Si Comel..la..la..la...kakak sayang-sayang dia...#Farha comel.
  • Rapat dengan Kakak Fina. Farha bagaikan jelmaan Fina semasa Fina bayi. Jika tengok Farha, begitulah juga sejarah masa Fina kecil dahulu. Badan bambam, kaki kecil, kuat menyusu sampai muntah.
  • Farha akan bangun menyusu sekurang-kurangnya 3 kali pada belah malam.
  • Tidur nyenyak waktu malam.
  • Pembersih orangnya. Akan meragam bila tukar pamper lambat kalau dia poopo.
  • Manja sangat, pandai buat suara pura-pura menangis bila nampak saya tak layan dia.
  • Suka dipegang dan didukung bila dia dah bosan baring.
  • Pandai pegang mainan dan suka pegang kain tuala kecil.
  • Tak boleh biarkan Farha menangis lama, sebab dia akan menangis sekuat hati.

Alhamdulillah, Farha membesar dengan sihat. Anugerah terindah untuk kami sekeluarga. 



Comments

Popular posts from this blog

2018

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..

Petrosains KLCC