Fiqah 7 bulan
Baru sahaja rasanya update n3 Fiqah berusia 6 bulan,
sekarang dah genap usia Fiqah 7 bulan. Cepat betul masa berlalu. Cik Fiqah dah
lulus part meniarap dan masuk gear reverse. Kejap-kejap masuk kaki bawah sofa. Sekarang dia tengah belajar
angkat-angkat punggung dan tegakkan kepala. Tercaduk jer bak kata atuknya.
Fiqah semakin kenal orang dan kuat menangis bila ditinggalkan sendiri. Nak
orang selalu pegang dia dan layan dia. Bila dah pandai makan, saya dalam usaha
mempelbagaikan makanan yang boleh diberikan pada Fiqah.
Gajet yang telah dibeli
untuk memudahkan urusan menyimpanan makanan ialah bekas kiub ini.
Baby Cubes
Senang untuk isi puri
buah atau sayuran dalam saiz yang mencukupi untuk sekali makan. Inilah puri
pertama yang berjaya saya hasilkan. Puri betik yang telah dibekalkan ke taska.
Fiqah makan habis, dan hasilnya, pukul 3 pagi dia buat kek dalam tidur. Hi2.
Cepat hadam agaknya bila makan buah. Dan usaha tergendala sebentar sebab
mamanya belum merajinkan diri untuk buat puri yang lain. Tapi Fiqah dah boleh
rasa apa yang saya makan. Kalau waktu berbuka puasa, apa yang boleh saya
suapkan, saya bagi dia rasa sedikit. Elok sahaja dia makan.
Puri betik
Cerita bab puasa, dah masuk hari ke 7 Ramadhan tahun ini.
Hari pertama, saya tertinggal sahur. Duk kunci jam 4.30 pagi, tetapi terjaga
dah pkl 5.45 pagi. Pagi ok lagi, bila
dah masuk pukul 5 petang, rasa lemah seluruh anggota badan. Nasib baik masa tu
berbuka puasa di kampung. Jadi, boleh rehat sementara tiba waktu berbuka. Fiqah
pun saya minta babanya yang tolong jagakan. Alhamdulillah,selamat puasa untuk hari
pertama dan moral of d story, makcik memang tak larat dan lemah longlai kalau
terlepas sahur.
Tahun ini sempat menyambut puasa di kampung minggu lepas. 2
hari di rumah ayah dan sehari di kampung nenek. Begitulah setiap tahun, kalau
beraya di Terengganu, sambutan awal puasa turn saya pula.
Moga Ramadhan tahun ini menambahkan ketakwaan dan keberkatan
dalam hidup kita seharian kerana kita tidak tahu apakah sempat untuk
berjumpa Ramadhan yang akan datang.
Salam.. kat mane beli baby cubes tu
ReplyDelete