Persekolahan 2017

Persiapan persekolahan untuk Fina dan Fiqah bagi sesi 2017 disediakan secara sederhana. Untuk Fina belikan 2 pasang baju, tudung, kasut dan beg. Baju sekolah lama yang masih elok, saya nila biru semula bagi nampak bersih. Alatulis memang saya tak beli sebab ada stok lagi kat rumah.
Kasut sekolah dia yang lama memang dah tak muat, jadi saya simpan untuk Fiqah guna bila dia dah besar. Buku tulis beli di koperasi sekolah sebelum sesi persekolahan bermula. Bayaran yuran Kafa pula semalam hari pertama babanya yang uruskan. Selebihnya yuran sekolah (PIBG dan lain-lain) yang masih belum dibayar boleh diselesaikan semasa ambil report kad nanti.

Fina naik kelas tahun ini. Pencapaian dia untuk hujung tahun 2016 semakin meningkat. Alhamdulillah. Sekarang dia langkau 2 kelas dari kelas asal. 3 Cemerlang ~ nama kelas dah ditukar daripada 3 Setia. Kafa pula masih di kelas yang sama 3 Othman.  Sesi persekolahannya masih sama, pagi sekolah Kafa dan petang sekolah kebangsaan. Pagi saya akan hantar dia ke Kafa, balik Kafa naik van dengan Kak Ya & Anya ke rumah kaklong, tengahari kaklong hantar ke sekolah kebangsaan dan petang pula babanya ambil balik sekolah jam 6.30 petang. Rutin yang sama setiap hari cuma dia dah biasa memandangkan ini tahun ketiga dia bersekolah.
Hari pertama persekolahan 2017
Kelengkapan untuk Fiqah pula, beli 2 T-Shirt putih, kasut, beg dan seluar track. Ini uniform sementara dia sebelum dapat uniform sekolah. Rezeki besday Fiqah, hujung Disember dia dapat tawaran untuk masuk Tabika Perpaduan di taman saya. Jadi dia bersekolah waktu pagi sahaja, pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Pagi baba akan hantar Fiqah ke sekolah selepas hantar Fittriah ke taska. Balik sekolah minta tolong kaklong (akak ipar saya) jemput dan transit dia di rumah kaklong sampai saya balik kerja. Syukur ada kaklong yang boleh uruskan Fiqah. Yuran tahunan Fiqah dah bayar penghujung Disember yang lepas. 

Semalam hari pertama persekolahan telah berjalan lancar. Anak-anak mengikut jadual mereka masing-masing. 

Pesan mama - tuntutlah ilmu sebagai bekalan di masa depanmu. Mama dan baba akan sediakan apa yang termampu untuk kejayaan anak-anak, tugas utama kamu hanya belajar bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita! Selamat tahun baru 2017, selamat menjalani alam persekolahan yang menyeronokkan!

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu