31 December 2013

Bercuti

 Fiqah 2 tahun lah!
Sempena Birthday saya yang ke 2 tahun, mama dan baba bawa saya bercuti di Goald Coast Morib.  Saya dan akak Fina suka betul dapat main air puas-puas. 2 hari kami berendam bermain dalam air. Seronok. Kakak Fina main tak berhenti, naik gelongsor air, berenang sampai penat. Lain kali mama bawa kami bercuti ke sini ye, itu pesanan akak Fina.

Saya dah kesejukan ni...
Dah  habis bercuti di Morib, kami pulang ke kampung mama di Negeri Sembilan. Kat kampung saya main-main dengan akak-akak lain pula ~ kak anya&kak ya. Nenek beri kami main dengan rabbit. Nenek bela banyak rabbit kat kampung. Saya makan banyak buah rambutan kat kampung. Baba balik ke Jelebu untuk kerja, saya tinggal dengan akak Fina dan mama di kampung. Hujung minggu baba balik untuk jemput kami.

Hari Jumaat saya balik ke kampung nenek mama di Selandar. Ada sepupu mama kawin. Saya tengok pengantin di Masjid. Mama kata ada Majlis Akad Nikah. Esoknya baba bawa kami balik ke kampung lagi, tengok pengantin bersanding di rumah. Malamnya kami tidur di rumah nekyang&tokyang. Itu rumah nenek mama, jadinya mereka moyang kami lah.

Sebelum kami balik Semenyih, mama&baba nak bawa kami tengok haiwan di Zoo Melaka. Banyak haiwan kat sana. Ini kali pertama saya ke Zoo. Mama kata akak Fina masa kecil-kecil dah pernah datang Zoo Melaka. Mula-mula saya tengok ada persembahan burung-burung di pentas. Macam-macam burung ada. Pandai pula tu burung tu ikut cakap jurulatih. Selepas itu, saya tengok haiwan, ada rusa, seladang, kuda, ular, gajah, harimau, monyet dan banyak lagi. Bila saya letih berjalan, baba dukung saya.

Ini tempat wajib bergambar. Saya, akak Fina & baba.

 Mama kata mama nampak besar dalam gambar ada baby dalam perut.

Ini depan kandang Harimau.
Petangnya kami balik ke Semenyih. Dah habis bercuti di hujung tahun. Mama kata, lepas ini kami akan bercuti di kampung baba pula masa Tahun Baru Cina sebab Pakcik Azli nak kahwin. 


1 comment:

  1. mcm best jee tgkp gmbr kt harimau tuu!! baru buat ehh tuu?? dulu x de pon...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails