12 December 2013

Lukisan

Ini lukisan Fina malam tadi. Lepas lukis, siap color lagi. Nak gelak pun ada, tapi dari segi lain, lukisan ini berdasarkan apa yang Fina fikirkan. Fina ada Baba, Mama dan Fiqah dalam kehidupannya.

Mama, Fiqah, Fina & Baba

Lukisan dari hati.

Cuma di tahap usianya memasuki 5 tahun, Fina kadang-kadang tidak boleh beralah dengan adiknya. Mungkin kerana merasakan dirinya kurang perhatian dan akan cuba memberontak sekiranya tidak dapat apa yang dia mahu lebih-lebih lagi bila adiknya didahulukan. Kemahiran keibubapaan memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Pendekatan ibu bapa sekarang amat berbeza dengan pendekatan zaman saya dahulu. Saya masih ingat masa kecil-kecil, ayah yang garang, rotan salah satu alat yang digunakan untuk umpan bagi saya adik beradik menjadi baik. Bila dengar motor ayah dari jauh dah berlari duduk diam-diam. Begitu disiplin yang tegas diterapkan semasa kecil. Saya tidak salahkan ayah, mungkin begitu cara pendekatan ibu bapa kita yang terdahulu.
 
Tapi lumrah lah, kanak-kanak sedang membesar, mana yang tidak buat hal. Mereka masih kecil dan memerlukan perhatian kita. Pendekatan sekarang pula anak-anak dilayan secara baik, tiada lagi rotan, pukulan. Kalau bebelan sesekali itu adatlah kan, cumanya memang tidak mudah untuk membesarkan seorang anak. Proses itu memerlukan perkara utama iaitu KESABARAN. Dan lagi satu, naluri keibuan sebagai seorang ibu ialah, tak apa kita yang marah jangan orang lain yang marah anak kita. Hidup ibarat lukisan, apa yang kita lukiskan itulah gambaran yang ada dalam diri kita. Jika baik dan indah lukisannya, maka tenanglah hati yang melihatnya. Begitu juga yang sebaliknya.
 
 

3 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails