3rd Baby ~ 24 minggu


Alhamdulillah, usia 3rd baby memasuki ke 24 minggu. Lebih kurang sudah 6 bulan dalam rahim saya. Cepat kan. Saya pun rasa bagai cepat masa berlalu. Menjalani rutin harian seperti biasa, pergi kerja, balik kerja, uruskan keluarga, kerja-kerja rumah, dah besar pun perut. Saya dah start makan remedi Set Salindah B2. Setakat ini tiada apa-apa masalah kandungan, cuma berlebihan berat badan yang agak normal. Sebab tak lah terlebih berat banyak sangat. Keletihan ikut keadaan, bila buat banyak kerja sangat rasa letih sikit dan akan pulih bila dapat cukup rehat. Selainnya, masalah kejang urat. Yang ini memang dari zaman mengandung Fina&Fiqah agak susah untuk saya elakkan. Bila tidur dalam keadaan sejuk, tak letak minyak panas, agak senang diserang kejang kaki. Saya part yang ini memang surrender. Confirm meraung tengah-tengah malam bila kena. Sakit yang tak boleh tahan. Mungkin faktor utama sebab urat kaki saya akan timbul bila mengandung. Bila lepas bersalin, tak lah timbul sangat. Tak apalah kan, sekurang-kurangnya saya kena bersyukur sebab tak kena alahan teruk semasa mengandung. So, sabar ajelah. 
 
Dah rasa gerakan baby. Kadang-kadang mengeras dalam perut. Nak scan sebab nak tau jantina, tapi saya nak tunggu beberapa minggu lagi. Rasa-rasa macam baby girl jer. Tapi Wallahualam. Seperti anak-anak sebelumnya, kami suami isteri terima sahaja apa yang direzekikan. Asalkan sihat cukup sifat dan sempurna akalnya. 3rd baby, mudahan selamat mama lahirkan seorang lagi mujahid kecil ke muka bumi ini. Mama bersyukur dengan kehadiranmu di dalam keluarga kita.
 

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..