06 December 2013

Hobi


Selain daripada hobi bershopping apa yang patut, cerita pasal breast feeding, ada lagi hobi yang saya suka di usia 30an.
 
1st hobi - baking dan bisnes part time jual cupcakes online. Seronok dapat deco cupcakes yang comel-comel, lebih-lebih lagi untuk memeriahkan majlis hari jadi ataupun majlis pertunangan/perkahwinan.  Azcupcakes masih beroperasi seperti biasa, cuma saya terima tempahan untuk cupcakes mengikut kelapangan masa yang bersesuaian. Almaklumlah, part time bakers. Buat bila ada masa terluang.
 
Next, saya sangat suka mengumpul koleksi periuk - corning ware/giacomo/dll yang seangkatan dengan nya. Juga koleksi bekas-bekas lutsinar yang multi function. Boleh guna untuk kukus, hidang, masuk dalam oven. Bagai satu terapi tengok koleksi tu tersusun dalam almari. Almari dah penuh pun, jadinya hobi kena diberhentikan dahulu. Tunggu nak melancong ke Langkawi tahun-tahun akan datang, baru boleh fikir nak tambah apa yang patut.

Set terbaru yang  menambat hati. Tq hajjah tlg belikan.

Almari kesayangan dah penuh.

Begitulah hobi saya yang mengikut peredaran usia, yang penting kita akan dapat sesuatu kepuasan bila buat benda yang kita minat dan tentunya yang kita suka. Itu juga salah satu terapi yang boleh menceriakan kehidupan kita.
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails