29 April 2013

DIY Aiskrim


Memenuhi tempahan cupcakes pelanggan, sempat lagi bershopping acuan aiskrim untuk Fina dan Fiqah di Yummie Bangi. Keluar di waktu rehat hari Jumaat, memang agak semput untuk bershopping. Lebih-lebih lagi, bila bos ada. So, tak boleh balik lewat. Kalau bos tak ada pun sebenarnya kene balik awal juga, cuma tidaklah terlalu mengejar masa yang tepat.
Bekas aiskrim potong ini berharga RM3.50 sahaja. Ada 4 acuan sekali dengan batang aiskrim. Cuti hujung minggu saya buatkan aiskrim strawberry bandung untuk Fina dan Fiqah. Suka diaorg dapat aiskrim mama nya buat. Ayat Fina ~ hebatnya mama..ha2..Kagum anak-anak bila mama boleh buat aiskrim sendiri.
 
Aiskrim strawberry yang sudah siap
**Tips untuk keluarkan aiskrim daripada bekas : lalukan dulu bekas aiskrim di air paip dan kemudian baru tarik keluar.
 
Satu untuk akak Fina

Satu untuk baby Fiqah

F&F tengah menikmati aiskrim..yumm-yumm
 
Fiqah, tersenget-senget kepala makan aiskrim
Fina - rambut dah dipotong sebab senang nak mandi pagi-pagi sebelum pergi sekolah.
 
Senangkan nak mengembirakan hati anak-anak. Buat benda yang ringkas, cepat dan mudah!! Hari-hari boleh tukar aiskrim pelbagai perisa. Cuma aiskrim magnum classic tak terbuat lah mama dia.

4 comments:

  1. cam ne nk buat eskrim nih..bg resepi wei.bkas nya beli mana..hhehee

    ReplyDelete
  2. lor..buat aiskrim pun nak resepi ke..hi2..ko buat je air bandung, jadilah aiskrim strawberry versi mama F&F. aku beli bekas ni kat Yumie bangi, mesti naufal dgn arfan suka kalau ko buat...cubalah..

    ReplyDelete
  3. buat air cam biasa ke..x ke keras bebenor jdiknya..xjdik cam eskrim.

    ReplyDelete
  4. bancuh lah guna air suam, pstu simpan dalam peti ais sampai beku. takkeras lah, elok jer, bukanko buat air batu..h2...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails