08 April 2013

Pemakanan ketika BF

Lama tak cerita pasal susu. Saya masih fully BF Fiqah hingga kini. Alhamdulillah, telah menjangkau usia Fiqah 1 tahun 3 bulan. Masih tinggal 9 bulan lagi nak capai target. Moga Allah permudahkan. Fiqah dibekalkan sebanyak 3 botol stok EBM setiap hari. Tiada pengurangan dan tiada penambahan. Stok frozen tidak terusik sekiranya tidak perlu digunakan. Saya simpan untuk kes-kes kecemasan sahaja seperti bila pam susu tak keluar banyak dan bercuti lama balik kampung. Selebihnya, stok harian hanya gunakan susu yang dipam pada hari sebelumnya. Contoh, pam di ofis hariini, itulah sebagai bekalan Fiqah ke taska keesokan harinya.

Diperhatikan, terdapat pengurangan kuantiti susu yang agak ketara apabila terdapat pengabaikan pemakanan yang dapat mengekalkan pengeluaran susu. Sebagai contoh, saya tidak boleh makan nenas. Kalau makan nenas, susu akan kurang dengan kadar yang agak tinggi. Kalau selalu pam di ofis dapat 3 botol, kalau lepas makan nenas, tinggal 1 botol sahaja. Masalah inilah yang akan timbul bila kita tiada persediaan lain iaitu menyimpan stok frozen EBM. Kecualilah jika rajin, kena usaha untuk mengepam susu di waktu malam, atau waktu pagi sebelum Subuh. Tapi faham-fahamlah, bila kat rumah penyakit malas nak bangun pam adalah isu besar yang perlu diatasi dahulu. Sebenarnya, kuantiti susu yang dihasilkan bukanlah suatu keutamaan, cumanya KECUKUPAN kita dalam menguruskan EBM yang diperlukan itu merupakan aspek penting dalam menjayakan penyusuan.
Apa yang saya ingin katakan, pemakanan adalah salah satu faktor yang menyumbang secara tidak langsung dalam penghasilan susu selain dari aspek 'demand' & 'suply'. Setiap badan ibu-ibu tidak sama masalahnya, ada orang jika makan itu tidak ada kesan, ada org bila makan ini, ada kesan. Jadi kita 'try' & 'error', buat pemerhatian sendiri samaada pemakanan yang kita makan itu mempengaruhi pengeluaran susu atau tidak.
Setakat ini saya memang kena boikot makan nenas dan juga kurangkan pengambilan ais. Bila rasa susu kurang, kita tidak boleh mudah putus asa, kita cari pula makanan yang boleh memperbanyakkan susu. Jadi lepas 2 hari susu saya berkurang, saya terus minum susu coklat dengan nestum, roti bijiran penuh. Alhamdulillah, susu pulih seperti sedia kala. Agak stress bila pam susu sedikit, kerana kita nampak kuantiti susu yang masuk ke dalam botol susu. Kalau direct feeding, tak lah rasa teruk sangat sebab anak minum terus masuk perut (tak nampak) dan hisapan mereka umpama susu tersebut sentiasa ada. Indahnya ciptaan Allah kan, dari aspek penyusuan juga telah menunjukkan keajaiban hubungan kita dengan anak sendiri.
Sekarang saya tengah amalkan Smart Coco A+. Minuman coklat yang mempunyai bahan-bahan yang boleh mengekalkan tahap pengeluaran susu saya. Ada campuran madu, kurma, koko dan lain-lain. Selain itu, minum air kosong sebanyak 2 liter sehari mestilah diamalkan untuk mengekalkan penghasilan susu.
Pendapat saya, setiap makanan yang kita ambil, walaupun kita tidak menyusukan anak, perlulah seimbang dan semestinya berkhasiat untuk kesihatan diri sendiri. Bukannya kita hanya menjaga pemakanan sewaktu kita disahkan hamil ataupun ketika kita menyusukan anak sahaja. Tetapi seeloknya kita menjaganya pada setiap masa untuk menjamin kesihatan kita di kemudian hari.
 
Cik Fiqah : Harap susu mama CUKUP untuk saya membesar!!!!
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails