Kenduri Makteh Ira

Minggu lepas kami pulang ke Terengganu untuk meraikan perkahwinan adik ipar. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Membantu apa yang patut, meraikan para tetamu dan bertemu saudara mara. Kenduri kendara secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan ukhwah antara sesama kami.
Tempoh yang agak lama tiada kenduri kahwin di rumah mertua saya di Terengganu. Last sekali kenduri pada perkahwinan adik ipar saya pada tahun 2007. Dah hampir 6 tahun berlalu, seusia perkahwinan saya. Insyaallah, ada lagi beberapa kenduri yang akan menyusul memandangkan adik beradik abang memang ramai. 13 orang semuanya, ada 4 lagi yang masih belum berkahwin.
 
Tahniah kepada adik ipar saya - Azira dan pasangannya Faizal. Selamat Pengantin Baru. Moga perkahwinan mereka sentiasa diredhai oleh Allah dan berkekalan hendaknya hingga ke akhir hayat.

Jom layan gambar;)

Sehari sebelum kenduri, time ni nak pergi kenduri kahwin rumah jiran seberang jalan. Rasmikan pelamin.
 
Di hari kejadian, nampaknya kalangan wanita sahaja yang rajin berpossing. Banyak warna hijau kan, sebab tema nya pada hari tersebut ialah hijau.
 
 
Saya paling suka gambar ini, semuanya gembira dan ceria bergambar walaupun masing-masing sudah keletihan. Possing lambai-melambai namanya..hi2..
Semua adik beradik, ipar dan anak-anak buah. Serta ibu mertuaku.
Dari kiri : Wanie, Cik Ja, Faizal&Ira, Nadia, Nurul, Syikin
Kiri tengah : Kak na, Ita, Fida, Kak Ti
Baris depan : Mijan, Mak, Mama&Fiqah, Haziq, Fina.

 
Sabtunya ke Rawang untuk hadir ke Majlis Kenduri sebelah pengantin lelaki pula. Gambar masih belum diupdate oleh Cik Su Fida memandangkan cameranya masih berada di Semenyih. Tunggu photographer family upload dulu dalam FB baru leh update dalam blog Mama F&F ini.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu