Muzium Kesenian Islam

1st time juga ke Muzium Kesenian Islam. Bayaran masuk sebanyak RM12 untuk dewasa. Kanak-kanak bawah 6 tahun masuk percuma. Sama juga seperti di Muzium TUDM, ramai rombongan budak sekolah yang datang. Ada 3 tingkat kalau tak silap. Tingkat bawah sekali ada pameran sempena 50 tahun Jubli Emas Tabung Haji Malaysia. Jadi pameran berkisar tentang pengalaman Haji di Makkah dan juga perjalanan rombongan haji sepanjang musim haji.

Tingkat satu Galeri Al-Quran dan manuskrip, galeri dunia Melayu dan galeri senibina. Tingkat dua pula galeri barang kemas, galeri senjata, galeri tekstil, galeri kerja kayu, galerai seramik dan galeri matawang dan cap mohor. Punya banyak galeri kan, macamlah boleh ingat semua, jangan risau, sebelum masuk ke tempat pameran, pelawat dibekalkan dengan pamplet/buku panduan Muzium. Jadi boleh refer kat situ untuk melawat kawasan muzium. Nak katanya, nampak mcm kecik jer muzium ini tapi bila dah berjalan, besar juga kawasannya. Dan yang paling penting, memang banyak info serta maklumat yang kita boleh pelajari bila tengok pameran kat sana.
 
Fina & Fiqah, orang sibuk tengok apa ada dalam muzium, diorang main kejar-kejar dua beradik. Almaklumlah, tak pandai lagi nak hargai seni kan. Masih kecil, jadi kalau masa akan datang ada rombongan sekolah ke sini, memang saya setuju sangat tempat ini menjadi salah satu tempat rombongan.





Paling saya suka ialah melawat di pameran Tabung Haji. Rasa teringin sangat sampai ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah bila tengok dan belajar pengalaman para jemaah Haji ketika di sana. Insyaallah, suatu hari nanti, bila dah berkemampuan kami akan sampai dengan izin-Nya. Amin.
 
Tamat kisah muzium. Lepas ni ada cadangan daripada Baba untuk ke Muzium Tentera di Port Dickson. Ntah bilalah tu agaknya.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu