Kidz Paradise Mines


Awal bulan ini saya sekeluarga berkunjung ke Kidz Paradise di The Mines Sri Kembangan. Memandangkan abang bekerja di sebelah paginya, jadi kami ke Mines waktu petang. Seronok Fina dan Fiqah bermain, cuma mungkin cuti hujung minggu memang ramai orang sangat. Sampai satu tempoh, kaunter tu tutup untuk kemasukan pengunjung yang lain. FULL HOUSE.  Lbih kurang 4 jam Fina dan Fiqah beriadah di Kidz Paradise. Sampai dalam kereta, dua-dua tidur keletihan.
 
Tiket kalau tak silap harganya RM30, kalau ada offer di GROUPON dapatlah RM10 untuk seorang kanak-kanak. Boleh ditemani seorang penjaga. Jadi mak ayah pun boleh join sekaki lah main-main dalam tu. Best tu, terutamanya bab main pasir moden. Memang tak jumpa masa zaman saya kecil-kecil dahulu. Cuma kalau datang ke sini, kena pakai stokin. Kalau tak bawa, boleh dibeli di kaunter dengan harga RM4.
 
Secara peribadi, kawasannya ok, tak luas sangat, anak-anak seronok main, cuma kalau boleh pergi masa tak pack sangat. Kalau ramai sangat, susah pula nak menjaga anak-anak sendiri nanti. Ibu bapa boleh tinggalkan anak bergilir-gilir untuk berwindow shopping atau ke surau, makan dan sebagainya. Dengan syarat gelang kertas di pergelangan tangan tidak ditanggalkan. So, boleh keluar masuk sesuka hati. Tempoh bermain pun tiada had. Main lah sampai puas untuk tarikh yang dipilih. Dibuka hingga ke malam. Terdapat juga kemudahan Wifi dan Bilik Penyusuan turut disediakan.
 
Oh ya, saya dapat tiket ini secara percuma sahaja. Ada officer ofis yang beri. Alhamdulillah, rezeki anak-anak. Beriadah bersama keluarga, selain tempat berenang, taman-taman yang dibina khas sebegini boleh dijadikan pilihan untuk membawa anak-anak bergembira.

Akak Fina sibuk main.

Suka tengok gambar Fiqah duduk atas beratus-ratus bola kecil.

F&F yang teruja sebab jumpa banyak mainan.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu