Hari Konvo

Alhamdulillah, Fiqah telah habis menyempurnakan pengajiannya di Tabika Perpaduan. Majlis Graduasi telah diadakan awal November yang lepas di Dewan Penjara Kajang. Majlis diadakan bagi seluruh Daerah Hulu Langat. Fiqah masa konvo kena demam semasa nak tunggu ambil sijil. Sebenarnya dia dah tak sihat sangat lepas habis rombongan, tapi kebah demamnya. Sebab cuaca panas dan kena pakai jubah, terus melarat demamnya. 

Sesi penyampaian sijil bagi Zon Bangi adalah zon terakhir, jadi kena tunggu lama juga. Sempat ambil gambar Fiqah sebelum dia jadi tak larat. Terima kasih pada Cikgu Ida dan Cikgu Zana kerana telah mendidik Fiqah. Segala jasa dan budi Cikgu amat kami sekeluarga hargai. 

Pagi sebelum pergi Konvo.
Masa belum demam.
Lepas habis ambil skroll.
Dapat coklat!
 
Dah tak larat sebab demam.
Tahniah Fiqah, dah berjaya tamatkan sesi pengajian di Tabika Perpaduan. Selamat menempuh alam baru di Sekolah Rendah!  
 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

2nd Maternity & Children Expo @ Mid Valley Megamall