MRT

Rombongan seterusnya di tahun 2017 tentunya merasai kemudahan MRT Kajang ke Sungai Buloh dengan kadar istimewa potongan harga 50% sehingga 31 Ogos 2017. Minggu pertama pelancaran MRT,  kami sekeluarga naik MRT dari Stesen Stadium Kajang ke Stesen Sungai Buloh. Memakan masa  lebih kurang 45 minit satu hala. Baliknya singgah di Pasar Seni untuk lunch dan terus ke Kajang semula. 

2 minggu kemudian, ayah berhajat nak naik MRT. Jadi bawa rombongan atuk dan cucu-cucunya ke Mutiara Damansara sebab saya nak jalan-jalan kat IKEA. Jauh juga nak jalan kaki daripada stesen Mutiara Damansara, masuk The Curve tu untuk sampai ke IKEA. Sebab 1st time pergi IKEA. Nak shopping pun tak reti..ha2..Nasib baik sempat juga shopping beberapa barang yang dah aim. Lepas hajat saya nak pi IKEA dan lepas hajat ayah nak naik MRT. Kemudian balik semula selepas 1 jam shopping dengan askar yang ramai. Lagipun ayah nak balik awal ke kampung, jadi tak boleh lama-lama di IKEA. 

Layan gambar rombongan Jom Naik MRT :

Selesa gunakan kemudahan MRT ini, Stesen yang banyak dan hampir, keluasan ruang dalaman yang selesa, aircond yang sejuk, perjalanan yang tidak hadapi kesesakan lalulintas, juga disediakan perkhidmatan bas transit daripada stesen-stesen ke kawasan yang berdekatan perumahan. 

Lain kali boleh naik lagi.
 

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..