Sabah

Bersawang lama blog  saya Mama 3F. Macamlah bz sangat kan.ha2..Rutin harian masih diteruskan seperti biasa selagi diri bergelar seorang pekerja, ibu dan isteri. Moga dipermudahkan urusan mendatang. Amin. April lalu kami sekeluarga bercuti di Sabah. Kebetulan dapat cuti sehari public holiday sempena Pertabalan YDPA. Jadinya, Fina ponteng sekolah sehari je lah.

Plan asal nak pergi anak beranak sahaja, rezeki atuk nak join makan angin, jadi bawa sekali Atuk 3F ke Sabah.  Seronok Atuk dapat makan angin ke Sabah untuk 1st time. Hari pertama sampai airport lewat petang terus settlekan urusan kereta sewa. Kat Sabah pukul 6 lebih dah gelap, lepas dapat kunci kereta sewa, kami ke Hotel di area Kampung Air. Lepas check-in hotel terus ke Waterfront makan seafood. Kat Sabah seafood memang murah. Area depan Waterfront ini hidup pada waktu malam. Ramai pengunjung lebih-lebih lagi hujung minggu. Uptown pun ada dah. Jadi waktu malam pelancong boleh shopping lepas perut kenyang.
Atuk dengan Fina&Fiqah dalam kapal terbang.
Malam pertama di KK kami makan di area deretan Waterfront harga dinner RM150+ sahaja satu family. Banyak lauk yang dipesan sampai tak habis makan. Rambang mata dan kebetulan memang perut tengah lapar. Dinasihatkan agar makan nasi sedikit sahaja, selebihnya ratah seafood yang fresh. Sedap sebab fresh! Macam-macam ada. Pilih sahaja dan yang penting harganya memang berpatutan. Lepas kekenyangan, anak-anak pun dah letih, jadinya kami ke hotel terus untuk berehat. Hotel saya booking melalui website TRAVELOKA. Terus bayar online semasa booking. Jadi senang dah settle bajet penginapan awal.


Water Front di depan Tamu Gaya
Next Ahad....Tempat yang dituju  saya suka ialah Tamu Gaya di Jalan Gaya. Kalau ke KK bandarnya berpusat. Kalau tinggal di hotel area Kampung Ayer, boleh berjalan kaki sahaja ke Tamu Gaiya. Macam-macam ada kat sini. Paling banyak ialah hiasan wanita seperti gelang mutiara, kristal, keronsang, butang baju melayu dan hiasan kanak-kanak pun banyak. Kat sini harganya lebih berpatutan jika dibandingkan dengan harga di Pasar Filipina. Kalau beli banyak, lagi dapat murah. Memang jadi tempat tumpuan pelancong.

Saya beli keronsang, gelang ala pandora untuk 3F dan beberapa cenderamata untuk di bawa balik ke Semenanjung. 

Next - teruskan perjalanan ke Kudat. Sebab utama ke Kudat kerana sebelum ini kami telah ke area Gunung Kinabalu, jadi untuk trip kali ini kami pergi ke Kudat pula. Dalam perjalanan ke Kudat, singgah dahulu makan lokan bakar. Tak ingat nama tempatnya. Kat situ memang banyak kedai lokan bakar di tepi jalan. Menu utama yang dicuba ialah lokan bakar, jelly kelapa, kelapa bakar.


Dalam perjalanan singgah makan di tepi jalan yang jual menu ikan tongkol bakar. Di Sabah, perjalanan dari satu daerah ke daerah yang lain memakan masa juga. Lebih-lebih lagi lalu jalan kampung tiada highway. Memang kerap singgah mana-mana untuk berehat/makan/tandas, lebih-lebih lagi kalau bawa anak-anak kecil. Tepi-tepi jalan pun banyak dijual hasil tanaman seperti jagung/pisang dan lain-lain. Pisang kat Sabah memang murah! Boleh beli setandan.ha2..

Petang kami sampai ke Kudat, menginap di Homestay di area salah sebuah taman perumahan di Kudat. Setelah berehat sekejap, petangnya kami ke Tip Of Borneo di Simpang Mengayau melihat keindahan sunset. Ramai juga pelancong di sini.  Malamnya ke pekan Kudat untuk menikmati makan malam di tepi laut. Keesokan paginya, abang dan ayah ke pasar Kudat untuk mencari seafood segar. Saya nak masak di Homestay. Puas makan anak beranak. Ikan segar, goreng pun sedap. Terasa manis isinya. 

Lepas makan tengahari, kami bersiap-siap untuk ke KK semula.

@KUDAT
On the way balik, singgah di Perkampungan Sumangkap untuk melihat penghasilan gong. Bayaran dikenakan untuk masuk ke kampung ini. Banyak jenis dan saiz gong yang boleh dilihat bagaimana cara pembuatannya. Lewat petang sampai ke KK, terus check in di Hotel. Malamnya kami repeat makan di area Waterfront dan berjalan-jalan di pasar malam dan Pasar Filipina yang berhampiran kawasan tersebut. Saya order ikan bilis dan beberapa makanan laut yang kering untuk dibawa balik di Pasar Filipina. Akak tu siap packing dalam kotak dan  kami ambil sebelum pulang ke hotel.

Keesokan harinya flight pagi dari KK ke KLIA. Alhamdulilllah, percutian tamat dengan pelbagai pengalaman yang menyeronokkan dan yang paling penting mengisi kualiti masa bersama keluarga tercinta.

Ada rezeki, kita pergi melancong lagi ya bawa 3F!

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu