#Aku NegaraKU

Bulan lepas Tadika Perpaduan Fiqah telah adakan sambutan Hari Kemerdekaan. Ada dua acara, satu peringkat Tadika sahaja, dan lagi satu peringkat Daerah di Bangi.

Untuk di Tadika, pelajar digalakkan memakai baju kreatif menggunakan bendera Malaysia. Mama 3F tak sempat nak tempah baju, jadi terhasillah baju kelawar MERDEKA untuk Fiqah. Berapa kali jahit-buka-jahit -buka-  baru jadi baju. Jahit dengan tangan pula tu. 




Acara pada malam tersebut ialah persembahan Lagu Kemerdekaan, Sambutan Hari  Lahir pelajar, rekacipta inovasi, cenderahati untuk pelajar dan juga sesi jamuan.

Next- Sambutan Kemerdekaan peringkat Daerah Hulu Langat di Tasik Cempaka Bangi.

Kali ini hujan turun agak lebat, acara lewat diadakan. Tu pun tetap dijalankan dalam hujan renyai. Ada Senamrobik, Jalan kaki 1000 langkah dan Acara Perbarisan Kontinjen ikut Tadika Perpaduan masing-masing.






Fiqah- tentunya Happy sekali. Lebih-lebih lagi bila dapat berkumpul dengan kawan-kawannya  sambil merasai semangat kemerdekaan. 


Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

2nd Maternity & Children Expo @ Mid Valley Megamall