Aktiviti Tadika Fiqah

Alhamdulillah, masuk bulan kedua Fiqah bersekolah. Hanya seminggu tragedi drama sedih berlaku. Selepas seminggu, semuanya berjalan lancar dan Fiqah tidak lagi menangis bila pergi sekolah. Malahan dia suka datang ke sekolah. Cikgu pandai ambil hati dia, dan dia dah ada ramai kawan.

Ini uniform Tadika Fiqah, selang seli dengan pakaian sukan tiap hari. Untuk uniform sukan, masih belum dapat lagi. Pakai t-shirt putih dan tracksuit hitam sahaja. Kasut sekolah warna putih. Fiqah ni kecil saiz badannya, pakai baju saiz s pun masih besar kat badan dia. Gambar possing pagi-pagi dengan uniform sekolah. Abaikan corak background kat dinding tu!


Ahad lalu, aktiviti pertama yang saya dapat join di sekolah Fiqah - Program Sihat dan Cergas. Aktiviti ini bersesuaian dengan namanya - SIHAT dan CERGAS. Program ini  kerjasama antara pihak sekolah dan pihak Kolej Profesional Mara, Beranang. Aktiviti dimulakan dengan acara senamrobik, kemudian berjalan kaki daripada kawasan sekolah hingga keliling taman perumahan sebanyak satu pusingan. Jalan kaki beramai-ramai untuk kesihatan diri, bagi keluar peluh. Seterusnya untuk anak-anak pula ada perkongsian bahasa Mandarin oleh penuntut Kolej Profesional Mara. 

Bagi ibu bapa, ada pemeriksaan kesihatan percuma - check berat dan tinggi, tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan nasihat kesihatan percuma.

Sarapan dan makan tengahari juga disediakan.Inilah antara peluang ibu bapa untuk berkenalan sesama sendiri di samping menjayakan program yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Ada hadiah untuk anak-anak yang hadir juga. Set buku dan alatulis gambar Boboboy. Suka sangatlah cik Fiqah tu dapat hadiah.
 

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

2nd Maternity & Children Expo @ Mid Valley Megamall