Kenduri Akikah

8 Mac 2012, telah sempurna niat kami untuk mengadakan kenduri Akikah Fiqah di kampung abang.  Majlis yang diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh saudara mara serta jiran-jiran sekitar kampung.

Paginya, seekor kambing jantan disembelih sebagai Akikah Fiqah. Anak perempuan, seekorlah kena akikahkan. Kalau anak lelaki, 2 ekor kambing. 


dan seterusnya masak memasak di dapur rumah. Daging kambing dimasak gulai di dalam kawah. Ada lebih kurang 5-6 orang yang sibuk di dapur. Menu lauk pauk - Kari kambing, ayam masak merah, kobis goreng, ikan masin dan sambal merah.



serta sebagai pencuci mulut - sira labu yang menjadi kegemaran saya. Rasa macam pengat labu, tetapi kering kerana kuahnya dimasak agar meresap ke dalam labu. Saiz labu pun dipotong besar-besar agar labu tidak mudah hancur apabila dimasak.

Kenduri diadakan selepas Isyak. Mak mertua saya tengah sibuk masa menghidang lauk pauk.


Bacaan doa dilakukan. Lebih kurang 30 orang yang datang pada malam itu. Ini antara tetamu yang makan di dalam rumah. Ada juga yang duduk di beranda luar depan rumah.





Mama dan Fiqah. Fina tengah tidur depan tv dari sebelum majlis bermula hingga majlis selesai. Dah petang baru nak tidur. Ribuan terima kasih pada yang sudi hadir dan yang telah banyak membantu menjayakan majlis kami ini. Kenduri belah pantai timur sangat simple dan ringkas. Tetamu datang tidak mengira had waktu. Apa yang ada, itulah yang dihidangkan dan dijamu bersama. Budaya yang saya pelajari sejak saya mempunyai keluarga mertua di belah pantai timur. Apa yang penting, niat sesuatu majlis itu tercapai dan tidak terlalu menjurus ke arah pembaziran pula.


Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu