Shopping

Gaji gomen dapat awal bulan ini. Sangat seronok cuti duk rumah, tapi gaji tetap jalan ikut jadual. Cuma yang tak best nya tak dapat berjalan sana-sini lah. Dah pantang gamaknya. Berkurung di rumah 24 jam. Cuti bersalin 3 bulan saya dah lulus. Insyaallah, 26 Mac 2012 start kerja semula. Lama lagi tu!

Bila dah duduk terperap kat rumah, rasa nak bershopping. Nak cari baju nursing lagi. Baru ada sehelai. Kenalah tambah sikit-sikit. Disebabkan masih dalam tempoh kuarantin, jadi gunakan teknologi untuk shopping secara online sahaja. Saya kongsikan 2 website yang sesuai dengan harga yang berpatutan.




Boleh shopping on9 barangan penyusuan, barangan bayi dan juga barangan mama. Dah pilih beberapa barang yang berkenan untuk dibeli. Sebab minggu ini cuti panjang sempena Tahun Baru Cina, jadi lepas cuti baru boleh order. Senang sikit tuan kedai nak proses.

Tips untuk shopping on9:-
  • Pastikan barangan apa yang hendak dicari.
  • Search beberapa website yang berkaitan dan bandingkan harga.
  • Pastikan ada akaun yang boleh transfer bayaran melalui on9. Atau boleh gunakan bayaran kad kredit sekiranya website berkenaan tawarkan kemudahan.
  • Pastikan barangan yang dipilih adalah bersesuaian dengan kehendak, bajet dan kepuasan hati sendiri.
  • Register dan ikut panduan pembelian di website tersebut.
  • Pastikan alamat penghantaran yang didaftar adalah tepat.
  • Barangan akan dihantar dalam tempoh 1-3 hari selepas pembayaran dibuat.
Selamat bershopping dengan happy ;)


Tahniah kepada sahabat saya Ita yang selamat melahirkan 2nd baby seorang putera di HUKM semalam. Selamat berpantang dan happy breastfeeding.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu