Penyusuan Awal di Hospital

Bagi memastikan target BF berjalan lancar untuk 2nd baby, perkara-perkara yang saya PERLU lakukan sebelum dan selepas waktu awal kelahiran Fiqah dirancang dan dilaksanakan dengan sebaiknya. Perkara dari segi awal kelahiran di hospital.
  • Maklumkan doktor atau nurse yang bertugas ketika itu, bahawa kita ingin menyusukan bayi dengan susu ibu sahaja. Perkara ini perlu dilakukan terutamanya di hospital swasta. Sekiranya kita memilih hospital kerajaan, kebanyakannya merupakan Hospital Rakan Bayi iaitu yang menyokong penyusuan susu ibu sepenuhnya. Jadi, tidak perlu risau kerana ibu akan disuruh menyusukan bayinya sejurus selepas kelahiran selesai.

  • Susukan bayi pada tempoh 1 jam awal kelahirannya. Pengalaman saya, setelah bersalin, nurse mengelap Fiqah dan meletakkan Fiqah di atas badan saya. Secara alami, Fiqah mencari-cari puting dan pandai menghisap dengan sendirinya. 'Moment' yang sangat indah bagi ibu yang menyusukan bayi ialah pada saat-saat ini. Pengalaman yang bernilai dan berharga serta menjadi sebuah tanda perkenalan hubungan ibu dan anak yang sangat hebat. Insyaallah, baby tidak akan bermasalah untuk menyusu selepas perkara ini dititikberatkan pada awalnya.

  • Pastikan bayi tidak diberi 'botol susu' atau susu formula bagi mengelakkan bayi mengalami masalah 'keliru puting'. Ada baby yang akan malas menghisap susu ibu kerana telah diperkenalkan dengan botol susu yang mempunyai puting aliran susu yang mudah keluar hanya dengan menghisapnya secara perlahan. Ini berbeza dengan penyusuan susu ibu secara terus yang memerlukan 'usaha' bayi dan dan daya hisapan yang kuat untuk memperoleh susu ibunya.

  • 'Rooming' atau tinggal sebilik/berhampiran bayi ketika di hospital. Bagi hospital swasta, selalunya bayi akan diletakkan di bilik khas dan diberikan susu formula untuk membantu ibu yang letih bersalin  berehat sepenuhnya. Saya telah meminta nurse untuk meninggalkan Fiqah bersama saya pada waktu malam tersebut. Ini bagi memudahkan saya untuk menyusukan Fiqah di waktu malam dan penting untuk merangsang pengeluaran susu awal. Bayi akan banyak tidur ketika ini, jadi kejutkan bayi untuk menyusu untuk mendapatkan antibodi daripada kolostrum yang dikeluarkan oleh ibu pada awal kelahiran.

  • Pastikan posisi penyusuan adalah betul bagi membantu bayi melekap dan menghisap susu dengan lancar. Minta bantuan daripada nurse sekiranya terasa sakit ketika penyusuan berlangsung. Ingat bahawa penyusuan yang betul, ialah tidak berasa sakit dan sebenarnya akan berasa selesa serta tenang.
    Jika seorang ibu berjaya melahirkan seorang anak, ibu juga pasti boleh menyusukan anaknya.
  • Selebihnya, ialah tetapkan niat dan usaha untuk meneruskan penyusuan susu ibu seperti yang diazamkan. Percaya pada keupayaan diri sendiri!

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu