28 January 2012

Testimoni Salindah


B1 Mulai minggu ke 12 hamil
Memberikan zat besi mudah hadam yang diperlukan oleh setiap ibu mengandung. Menghilangkan atau mengurangkan muntah dan loya serta alahan. Menolong tumbesaran tian. Mencegah demam, batuk, selsema, sejuk - sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain - lain. Menghilangkan kesan jatuh atau rebah. Melancarkan aliran darah agar mencegah timbul simpul urat di kaki. Menghilangkan letih lesu.

B2 Mulai minggu ke 24 hamil
Memberikan zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian, disamping menambah darah. Menambah selera makan, menghilangkan sengal tulang dan kebas anggota kaki dan tangan. Mencegah serangan sejuk dan sakit gigi. Mencegah osteoporosis.

B3 Mulai minggu ke 28 hamil
Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin.

B4 Mulai 4 minggu sebelum bersalin
Remedi ini istimewa untuk mengawal alamat sebelum jangkaan alamat palsu, menghilangkan sakit bersalin, sakit urat dan otot, menyediakan saluran peranakan dengan mengendurkan dan menganjalkan otot - otot pencerut kawasan saluran peranakan. Memudahkan kelahiran bayi. Menghilangkan perasaan takut dan cemas.


B5 Mulai 2 minggu sebelum bersalin
Remedi ini melanjutkan dan menolong tindakan item B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.

B6 Mulai 1 minggu sebelum bersalin
Remedi ini menguatkan teranan, menolong mengurangkan sakit waktu bersalin, mempercepatkan dan mempermudahkan keluarnya anak, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit lepas bersalin.

L7 Selepas bersalin Remedi
cecair bagi menyembuhkan luka atau jahitan dengan cepat. Menghilangkan sakit pada luka atau jahitan. Mencegah jangkitan kuman atau pernanahan.

L8 Mulai 5 jam selepas bersalin
Bila keluar sahaja anak, terus makan remedi ini. Remedi ini membantu menyembuhkan rasa sakit - sakit, menghentikan darah, mencegah sakit meroyan, demam dan sakit kepala.

L9 Mulai hari ke 2 selepas bersalin
Remedi istimewa ini menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, sakit meroyan, menghentikan darah nifas, membetulkan urat - urat darah yang putus, menyusun semula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota itu

L10  Mulai hari ke 6 selepas bersalin
Remedi ini mempercepatkan rahim dan saluran peranakan menegecut semula. Mengangkat rahim kembali ke tempat asal. Mengurangkan simpul urat biru.

L11 Mulai hari ke 7 selepas bersalin
Remedi tonik ini istimewa bagi memanaskan badan, menambahkan selera, membaiki penghadaman dan pembuangan najis. Menenangkan tidur. Menghilangkan kebas - kebas. Menyegarkan rahim dan alat peranakan.

L12 Mulai hari ke 21 selepas bersalin
Remedi ini menjaga kesihatan ibu selepas bersalin sentiasa agar sihat, mengembalikan kekuatan, memulihkan alat perkelaminan. Menimbulkan kesegaran.

Sumber : Google


*******************************************************************************************************************

Di atas adalah antara kebaikan penggunaan Set Salindah yang saya cari di internet. Set ini saya gunakan seawal usia kandungan saya 12 minggu. Boleh juga dibeli secara berasingan seperti untuk penggunaan semasa mengandung sahaja, atau selepas bersalin. Banyak juga pil yang perlu ditelan. Nasib baik saiz nya kecil. Jadi, tak terasa tercekik di anak tekak.

Kalau dari segi awal mengandung, sebenarnya saya tak rasa banyak kesan kerana saya sangat bertuah 'ditakdirkan' tidak memperolehi alahan teruk semasa mengandung. Masa mengandungkan Fina dahulu pun begitu. Tidak alah sangat dan tidak alami muntah atau loya yang teruk sepanjang awal 3 bulan pertama kehamilan. Cuma kaki kejang beberapa kali di waktu malam tetap berlaku. Dan vena verikos di tepi betis kaki kanan. Masalah biasa yang tak boleh dielakkan. Jadi, nak share keberhasilan kesan makan salindah untuk awal mengandung, rasanya tak terpakai untuk testimoni saya. Saya 100% makan ubat Salindah sahaja sepanjang tempoh kehamilan. Ubat vitamin yang dibekalkan oleh Klinik, saya tak makan. Bukannya apa, rasa banyak sangat pula ubat yang perlu dimakan kalau makan keduanya sekali.

Bagi proses sebelum dan semasa bersalin pula, saya makan pil seperti yang disyorkan. Apabila sakit kontraksi kerap, saya makan pil 15 minit sekali. Bagi saya, bukaan tetap lama. Memakan masa hingga 5 jam baru bukaan mencapai 10cm. Cuma apa yang membezakannya ialah, masa meneran untuk bersalin hanya lebih kurang 15 minit sahaja. Cepat dibandingkan semasa Fina dahulu. Agak lama, mungkin kerana anak sulung.

Selebihnya, selepas bersalin, saya rasa cepat sihat dan segar. Badan rasa bertenaga dan tidak letih. Tiada masalah untuk tidur malam dan boleh bangun dengan mudah untuk menyusukan Fiqah 3-4 kali semalam. Berbeza dengan waktu Fina dahulu, saya tidak boleh tidur sehingga seminggu. Badan keletihan dan terasa stress hingga menangis tanpa sebab. Mungkin kerana trauma dan sakit yang terlalu lama sebelum melahirkan Fina. Nasib baik tak meroyan. Dan vena verikos yang saya hadapi telah hilang setelah 2 minggu berpantang. Makan berselera dan luka epi cepat sembuh.

Kesan pada baby pula, Fiqah cepat tanggal pusat seawal usianya 5 hari. Lahir dengan kulit bersih dan tiada lendir di bahagian kemaluan jika dibandingkan Fina. Fiqah juga tidak banyak kerenah dan tidak kuat menangis (setakat ini). Seorang bayi yang sihat dan aktif.

Sekarang saya sedang menghabiskan botol terakhir set Salindah iaitu L12. Secara peribadi, saya berpuas hati dengan produk yang saya gunakan. Mungkin selepas ini ada kesan selanjutnya pada perkembangan fizikal dan mental Fiqah semasa membesar atau tidak, Nanti saya kongsikan.

Pada saya, setiap produk yang kita ambil tak semestinya memberikan kesan sepenuhnya seperti yang diterangkan. Mungkin ia berbeza dan berlainan mengikut keserasian pada diri masing-masing.

5 comments:

  1. salam sis...

    Sy nk tumpang tnye...lps bersalin, sis mmg mkn produk salindah shj atau ade jamu len ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, saya hanya makan salindah sahaja, tiada jamu lain. Salindah set penuh dari mengandung sehingga dalam pantang.

      Delete
  2. Boleh dapatkan info lanjut produk Salindah di sini http://www.edaransalindah.com/myorder/index.php/set-salindah-ceraian-salindah/set-salindah.html

    ReplyDelete
  3. Boleh dapatkan info lanjut produk Salindah dalam blog rasmi di sini www.edaransalindah.com

    ReplyDelete
  4. Dapat set salindah di www.myorder.com.my.
    100% original

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails