25 January 2012

1 bulan

25 Jan 2012 ~ Telah genap sebulan usia Fiqah. Seorang baby yang sihat, kuat tidur, kuat menyusu, kuat poo poo, tak pernah nangis kuat-kuat, suka mandi dan tidak banyak kerenah dalam menjaganya. Tidur malam dengan lena dan bangun 2 jam sekali untuk menyusu. Cuma ada 1 malam yang Fiqah tidak mahu tidur dan merengek. Mungkin perut kembung. Selebihnya, Fiqah mudah untuk dijaga.

Hari ketiga kelahirannya, Fiqah kena sakit kuning. Ambil darah hingga 4 hari yang berlainan tarikh. Syukur kuningnya tidak tinggi. Dari bacaan 11 turun ke 10, ke 8 dan seterusnya terus turun 5 semasa pemeriksaan terakhir. Sekarang ini, Fiqah cepat muak dan muntah selepas menyusu. Penuh muatan perut agaknya. Selalu muntah keluar di mulut dan hidung. Sama macam Fina masa kecil, kuat muntah!

Hari ini temujanji check-up yang pertama di Klinik Desa Rinching. Fiqah diberi suntikan Hepatitis B. Beratnya sudah naik ke 4 kg dan tinggi 52 cm.

Fina pula sayangkan Fiqah. Sejak awal Fiqah dalam kandungan, saya telah pesan dengan Fina bahawa ada baby dalam perut mama. Dan tiap itulah, Fina akan cium perut saya dan cakap, sayang baby. Tapi biasalah, kanak-kanak. Tak duduk diam. Kena jaga-jaga takut terlanggar adiknya. Bila Fiqah menangis, Fina suruh diam. Membebel kata adiknya bising. Tapi Finalah yang rajin tolong ambilkan pampers, ambilkan baju, buangkan pampers pendek kata dah boleh harap anak dara saya seorang ini. Itu bila rajin, bila tiba malasnya, jangan haraplah dia nak buat.

Persamaan Fina dan Fiqah :

Lahir pada hari public holiday. Fina 1 Jan (Tahun Baru) dan Fiqah 25 Dis (Hari Krismas). Senang mama nak sambut besday dan dapat cuti umum kan.

Ada lesung pipi.

Lahir 2 kg lebih sahaja. Biar besar kat luar, kecik dalam perut.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails