16 January 2012

Perjuangan Bermula

Hampir 1 tahun meninggalkan dunia BF dan dunia Pumping, kini perjuangan bermula semula. Kena tetapkan target untuk BF Fiqah pula. Fiqah telah menyusu seawal 1 jam selepas kelahirannya. Tips penting untuk ibu-ibu yang ingin menjayakan BF. Pastikan baby disusukan dalam masa 1 jam pertama selepas kelahirannya. Dengan fitrah yang dikurniakan Allah, bayi akan pandai mencari puting dan menghisap susu ibunya tanpa perlu diajar. Suatu keajaiban dan keindahan ciptaan dari yang Maha Esa.

Saya telah mengepam seawal 3 hari usia Fiqah. Pada awalnya susu tidaklah melimpah ruah seperti tempoh selepas 5-6 harinya. Kerana dalam tempoh 1-3 hari selepas kelahiran bayi, ibu akan mengeluarkan cecair yang dikenali sebagai :- 

Kolostrum atau susu yang dihasilkan oleh seorang ibu pada lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bayinya. Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.
 
Apakah sifat -sifat cecair yang amat istimewa ini? Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar darah putih oleh sesetengah pakar kanak-kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan ia amat kaya dengan vitamin A.

Bacaan lanjut di SUSU IBU.COM

Susu awal ini lebih pekat dan berwarna kuning jika dibandingkan dengan susu matang yang keluar setelah tempoh 1-3 hari kelahiran bayi.




Tidak mengapa jika pengeluaran susu tidak sebanyak yang kita mahukan pada waktu-waktu awal tersebut, cuma memadai untuk kita berikan rangsangan dan pengeluaran susu yang kerap pada payudara agar lebih banyak susu dapat dikeluarkan kelak nanti. Ingat konsep utama DEMAND & SUPPLY. Lagi banyak kita keluarkan susu, lagi banyak susu yang akan kita hasilkan.

Dan nikmatnya susu ibu, lebih sedap daripada susu formula, atau susu yang lain. Dan ini peminat dan pelanggan tetap susu ibu setahun yang lalu.


Setiap kali pam, Fina minta nak minum susu. Kejap je habis sebotol. Tapi masa awal haritulah, sekarang ini saya dah start buat stok EBM untuk Fiqah. Jadi bagitau Fina,susu ini untuk baby. Sekarang dia tak nak lagi dah.


Ini salah seorang anak yang berjaya disusukan dengan susu ibu sepenuhnya hingga dia berusia 2 tahun 3 bulan. Nasib baik Fina tak minta direct BF macam Fiqah, kalau tak, seriau acik..Dah besar-besar BF, rasa geli pula..

Perjuangan telah bermula. Tetapkan matlamat seterusnya, untuk fully BF Fiqah sehingga usianya 6 bulan dan insyaallah, diteruskan hingga ke usianya 2 tahun. 

1 comment:

  1. yes az... aku sokong ko... hehehe... i know u can do it my frenz..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails