Bersalin Part II

25 Disember 2011 (Ahad)


Disebabkan sampai ke hospital 12 tgh malam hari sebelumnya, jadi kira masuk tarikh 25 Disember 2011. Hari Krismas. Nurse serahkan Buku Kesihatan Ibu dan juga borang untuk saya tandatangan supaya bersetuju dengan prosedur Hospital yang akan dilakukan. Nurse check tekanan darah dan bukaan jalan diperiksa. Baru 1 cm sahaja. Lagipun saya tak terasa sakit langsung.  


Bacaan CTG diambil bagi memantau jantung baby dan tahap kontraksi. Setelah itu saya diminta untuk berehat. Doktor Anita datang memeriksa keadaan saya. Doktor tidak check jalan lagi, kerana nurse sudah check sebelum ini. Jadi sudah memadai. Katanya, lepas Subuh jika tiada bukaan, ubat induce akan dimasukkan.

😓👰👰👰😓

Nampaknya bermalam kami di hospital hari ini. 2nd baby belum ada tanda-tanda ingin keluar lagi. Baba dan Fina tidur di sofa, manakala saya hanya tidur-tidur sekejap dan tidak lena kerana fikirkan macam-macam. Ye lah, nak tunggu saat bersalin, manalah boleh tidur lena. Bagaikan lama masa berlalu pada malam tersebut. Dengar sahaja azan Subuh dari masjid berdekatan, terus saya bangun untuk menghadap-Nya. Berdoa agar kali ini dipermudahkan proses bersalin saya.

Nurse datang untuk check tekanan darah dan bacaan CTG diambil sekali lagi. Katanya doktor akan datang pagi ini. Saya diberi sarapan dan diminta berehat. Abang pula, balik sekejap ke Semenyih untuk mengambil barang keperluan lain bersama Fina.



Bersambung....


Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu