19 January 2012

Mandi Selepas Bersalin

Kalau dah mood orang berpantang, ceritanya masih berkaitan hal-hal dalam pantanglah. Kali ini saya nak kongsi info berkaitan mandi selepas bersalin yang saya baca dari sebuah majalah.

Perkara wajib yang perlu dilakukan oleh wanita beragama Islam dalam tempoh berpantang.  Ada 2 mandi wajib yang perlu kita lakukan iaitu :

  1. Mandi hadas besar selepas bersalin (wiladah) iaitu sebaik sahaja bayi dilahirkan. Hanya perlu berniat untuk mandi wiladah dan mandilah dengan air suam. Bagi yang bersalin cesarean, tutup bahagian jahitan dengan plastik bagi mengelakkan jahitan terkena air mandian.
  2. Mandi hadas besar selepas kering darah nifas. Selepas kering darah nifas, anda dalam keadaan suci dan boleh melaksanakan ibadah yang diwajibkan.
Selalunya, kita hanya titik beratkan mandi hadas besar selepas darah nifas kering. Mandi wiladah, ada yang buat ada yang tidak. Mungkin ramai yang tidak tahu, ataupun tidak ingat. Ada juga amalan berpantang yang melarang kita mandi sejurus selepas bersalin yang bertujuan untuk mengelakkan urat sejuk atau angin masuk ke dalam badan. Pilihlah ikut kesesuaian masing-masing, cuma 2 perkara wajib yang perlu dilakukan di atas, hendaklah kita lakukan seperti yang diperintah oleh-Nya. Setiap sesuatu suruhan itu pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Moga ilmu dikongsikan ini memberi manafaat untuk para wanita yang bakal atau sudah bergelar ibu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails