Happy 3rd Birthday

Walaupun telah 2 minggu berlalu, masih tidak terlewat untuk mama ucapkan
Happy Birthday kepada Fina yang telah berusia 3 tahun pada 1 Januari 2012.


Fina dah makin besar, semakin petah bercakap, semakin kuat merajuk, sudah pandai melawa, suka menyanyi, suka makan aiskrim, suka naik basikal, suka tengok ultraman dan suka bertanya itu ini.


 Mama tak sempat nak buat besday party untuk Fina kali ini, cuma mama dah beri goodies bag untuk kawan-kawan Fina di taska sempena meraikan besday Fina. Insyaallah, bila mama dah sihat nanti kita sambut besday Fina sekeluarga ya.


Mama doakan Fina menjadi anak yang baik, kakak yang penyayang dan kanak-kanak yang sihat serta cerdik. Mama dan Baba sayangkan Fina dengan sepenuh hati kami. Moga kami berjaya mendidik dan membesarkan Fina menjadi insan yang berguna dan beriman dunia akhirat.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu