23 January 2012

Medela FS

Telah hampir 4 minggu saya menggunakan pam Medela FS. Sangat-sangat PUAS HATI dengan pam ini. Kalau dulu saya gunakan Spectra 3. Jika dibandingkan kedua-dua pam ini, Medela FS banyak kelebihannya. Tapi ikut kesesuaian masing-masing. Diingatkan jenis pam yang dibeli tidak akan menentukan kuantiti susu yang dikeluarkan. Jika tidak mahu gunakan pam, guna tangan pun boleh. Cuma pam adalah salah satu pilihan alat untuk memudahkan ibu-ibu BF terutamanya yang bekerja. Jika ada bajet, tidak salah memiliki pam yang bagus dan berkualiti. Daripada melaburkan duit dengan membeli susu formula yang mahal, lebih baik melabur dengan membeli pam. Percayalah, ia amat berbaloi!


Alhamdulillah, rezeki Fiqah. Stok frozen EBM yang telah saya buat seawal 2 minggu berpantang.
Selepas ini, nak start guna liner. Untuk jimat ruang dalam peti ais.


Kelebihan dan keistimewaan pam Medela FS pada pandangan saya :-
  • Saiz yang kecil, ringan dan mudah untuk bawa ke mana-mana.
  • Hanya perlu caj bateri macam guna handfon. Tidak perlu soket atau guna elektrik.
  • Daya hisapan tidak menyakitkan dan mengikut seakan-akan rima hisapan bayi.
  • Mudah dikendalikan, part mudah untuk dipasang.
  • Boleh adjust sedutan mengikut keselesaan masing-masing. 
  • Menjimatkan masa mengepam, hanya 10-15 minit setiap sesi sudah mencukupi.
Penggunaan pam yang dipilih adakalanya mengambil masa untuk mengikut kesesuaian kita. Ada juga ibu yang pam, tetapi susu tidak mahu keluar. Ketika pam, cuba untuk bertenang, fikirkan tentang bayi dan tidak perlu melihat output susu yang keluar. Pastikan diri relaks dan tidak stress. Jika pam sudah sesuai dan serasi dengan kita, insyaallah, susu akan mudah dikeluarkan.  

2 comments:

  1. blogwalking..saya pun baru je lps beli fs :)

    ReplyDelete
  2. Saya tgh survey2 medela fs jugak. Nak cari best price before ogos. :)
    Kalau tgh cari supplement, jom jenguk blig says juga.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails