Terima kasih Nenek Jamilah

Semasa saya berusia 1 hari, nenek telah datang membantu menjaga saya dan mama. Nenek naik bas dari Terengganu ke Kajang dan sampai pagi 26 Disember 2011. Baba dan akak Fina jemput nenek di rumah pakda yang tinggal di Kuarters Penjara Kajang. Nenek tolong uruskan uri saya dan baba telah tanamkan uri saya bersebelahan dengan uri akak Fina di kawasan kuarters tersebut.

Seterusnya, nenek datang melawat saya dan mama di KPMC. Doktor kata, mama boleh keluar hospital selepas tengahari. Nenek dukung saya dan peluk saya erat sehingga saya selamat sampai ke rumah mama dan baba.

Nenek tinggal dengan kami selama seminggu.

Nenek tolong mandikan saya.


Nenek tuamkan perut saya.


Nenek cucikan pusat saya yang masih basah.


Nenek pakaikan saya baju dan bedung saya kemas-kemas agar saya dapat tidur nyenyak.


dan setelah 5 hari tali pusat saya tanggal.

Nenek ingin pulang semula ke kampung selepas lihat saya dan mama semakin sihat.

Terima kasih nenek. Terima kasih kerana menjaga saya dan mama. Saya sayangkan nenek. Nanti kami pulang ke kampung untuk berjumpa nenek lagi ye!

 
*********************************************

Mak mertua saya telah menjaga saya selama seminggu sewaktu awal berpantang tempoh hari. Alhamdulillah, kelahiran kali ini saya lebih sihat dan berasa cepat segar jika dibandingkan sewaktu melahirkan Fina dahulu. Kisah kelahiran Fiqah akan diceritakan dalam n3 lain. Kena ambil mood nak cerita pengalaman bersalin.

Mak telah bawa daun-daun dari kampung untuk saya mandi setiap pagi. Dan juga daun pokok dukung anak untuk mandikan Fiqah bagi mengelakkan sakit kuning.


Membantu menguruskan Fiqah yang masih kecil dan juga melayan Fina bermanja. Terima kasih mak. Inilah Hajah Jamilah yang saya kenali. Tidak pernah membezakan anak, menantu dan cucu walaupun mempunyai anak seramai 13 orang dan cucu lebih 20 orang.  

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..