24 January 2012

Bersalin Part 1

24 Disember 2011(Sabtu)

Berehat sepenuhnya di rumah. Waktu pagi dipenuhi dengan membuat kerja-kerja rumah seperti biasa. Lagipun baba Fina ada kelas hari itu. Tinggal berdua dengan Fina. Ingatkan petang nak keluar berjalan-jalan, tapi rasa malas pula. Masih ada esok. Bolehlah shopping apa yang patut sebelum melahirkan 2nd baby. Dah hobi mama bershopping, tak membeli tak apa asalkan boleh window shopping sahaja. Tengah sarat pun nak berjalan.

Malamnya, setelah kekenyangan menjamu selera makan malam, menonton tv di ruang tamu. Entah kenapa, kerap sangat buang air kecil malam itu. Rasanya 15-20 minit sekali saya ke bilik air. Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Waktu itu Fina sedang berbaring dan mahu tidur di atas riba saya. Rasa nak ke bilik air lagi. Saya berdiri dan melangkahkan kaki untuk memenuhi hajat. Baru 2 langkah berjalan, tiba-tiba meluncur air turun membasahi lantai di tepi sofa. Petanda air ketuban dah pecah. Apa lagi, panggil abang yang berada di dapur. Terus abang dengan kalut dan cepat-cepat suruh saya siap untuk dibawa ke hospital.

Saya siapkan barang yang perlu dibawa, selebihnya beg dah standby dalam kereta. Siapkan Fina, buatkan susu dan saya bersiap tukar baju untuk ke hospital. Rendamkan akar Fatimah yang mak kirim selepas pulang dari Haji tempoh hari untuk saya minum airnya nanti. Abang telefon mak di kampung. Beritahu air ketuban saya dah pecah. Nampak sangat di mukanya yang agak cemas dan kelam kabut.

Saya check semua barang yang perlu dibawa, dan masuk ke kereta. Tidak lupa untuk membawa bekalan kurma dan air zamzam sebagai penambah tenaga sekiranya sakit dan tidak selera nak makan nanti. Juga beberapa botol ubat Salindah yang perlu dimakan saat-saat hampir bersalin. Doa di bibir tidak putus-putus dengan ayat LAILAHAILLA ANTA SUBHANA KA INNI KUNTUM MINAZZ ZOLIMIN. Kami 3 beranak menuju ke KPMC Kajang. 

Dalam kereta saya sms ke ayah, along dan kakngah agar mendoakan saya selamat bersalin. Sakit tidak langsung dirasai ketika ini. Mungkin belum tiba waktunya. Baru petanda awal. Saya makan beberapa biji kurma. Sebelum sampai ke hospital, sempat memohon kemaafan kepada abang agar redha suami mengiringi saat kelahiran 2nd baby kami nanti. Abang hanya mendiamkan diri. Mungkin memaafkan saya dalam hati atau tidak boleh berkata apa-apa kerana cemas saya bersalin dalam kereta agaknya.

Selamat sampai ke KPMC jam 12.15 malam. Daftar di kaunter dan terus dihantar ke bilik yang disediakan.





Fina terus hilang ngantuk bila sampai di KPMC. Tidak duduk diam dalam bilik. Apa yang buat saya selesa memilih pakej di sini ialah apabila abang dan Fina boleh menemani saya tiap masa di waktu saya memerlukan mereka. Sekurang-kurangnya saya ada peneman malam itu.





Bersambung.....

1 comment:

  1. Aku suka bunga lavender kak az! Kat umah ni ada pokok plastik letak kt dapur.. memanglah kita ni sehati sejiwa.. cewah! Bila baca pengalamn bersln ni rasa gerun plak heh! apapun semua da slmt Alhamdulillah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails