Berpantang

Melepasi minggu ketiga berpantang. Alahai orang berpantang, apa lagi yang boleh dilakukan di rumah. Berehat, makan, minum, mengulit anak, tengok tv, layan internet dan selebihnya tidur kejap bangun sebab baby dah menganga kiri kanan untuk cari susu mama nya dan masa untuk mengganti diapers yang baru.

Sunyi juga bila Fina tidak ada di rumah waktu siang. Nasib baik Fina nak pergi Taska sejak babanya start bekerja minggu lepas. Kalau ada kat rumah, saya pula yang tak larat nak melayan kerenahnya. Tunggu lepas pantang, bolehlah Fina ponteng sikit-sikit, lagipun Taska Nasyrah kat ofis saya tu, tetap kenakan bayaran yuran walaupun tak hantar anak di sana. Lebih baik hantar, dapat juga Fina belajar dan bermain dengan kawan-kawannya.

Sejak berpantang ini, ada perkara rutin yang saya lakukan setiap hari:-

  • 6.20 pagi ~ Mandi dan siapkan Fina kalau dia dah bangun tidur awal pagi untuk ke Taska.
  • 7 pagi ~ Sarapan milo/horlicks campur nestum/oat dengan biskut. Sebelum itu makan pil salindah. Lepas itu buat kerja rumah sikit-sikit.
  • 10 pagi ~ Mandikan Fiqah. Dari sejak lahir, Fiqah tak pernah menangis bila mandi. Eloklah tu, kalau tak kekok saya nak mandikan baby kecil. Kalau dulu masa Fina, kaklong yang mandikan Fina hari-hari sampai saya habis pantang. Anak kedua ni, saya belajar menguruskannya sendiri.
  • 10.20 pagi ~ Masa untuk mama pula mandi. Fiqah dah kenyang BF dan akan tidur lena selepas mandi. Mandi dengan air suam. Perkara wajib yang saya lakukan lepas mandi ialah pakai bengkung dan sapu pati halia. Saya pastikan saya pakai bengkung 5 jam setiap hari. Waktu siang je lah, kalau waktu malam, tak selesa nak tidur. Lagipun ada baby, kena bangun 4-5 kali setiap malam untuk menguruskan baby. Kena rajin sikit bila nak kuruskan dan hilangkan lemak-lemak di badan ini. Selepas itu, pakai stokin 24 jam sehari.  
  • 11 pagi ~ pam susu untuk buat stok ebm.
  • Tengahari ~ waktu untuk memasak. Lauk kebiasaannya - sawi tumis air, ikan singgang, sup ikan, ikan bilis goreng, tempe goreng, ulam pegaga, ikan goreng dan buah-buahan. Masak simple-simple je. Waktu hujung minggu, tugas masak-memasak akan dilakukan oleh baba Fina. So, orang pantang boleh skip tugas ini.
  • Seterusnya, berehat-rehat sambil tengok tv atau internet.
  • Petang pula, 5 petang ~ Masa untuk Fiqah mandi petang pula. Mama mandi dan minum petang.
  • Selepas itu, tunggu baba dan Fina balik lebih kurang jam 6.30 petang ke atas. Kadang-kadang dekat pukul 7 malam baru sampai rumah.
  • Makan malam, layan Fina nyanyi, sembang dengan abang, layan Fiqah. Lebih kurang pukul 10 lebih, masa untuk tidur.
Agak boring duduk rumah kan, tapi waktu berpantang ialah waktu untuk merehatkan diri dan mengubati sakit luaran dan dalaman tubuh badan kita secara menyeluruh dengan penjagaan rapi. Nanti bila dah habis pantang, nak pergi mana pun boleh, asalkan kita telah bertenaga dan pulih sepenuhnya. Jadi, orang pantang kena sabar. Isi masa dengan sebaiknya dan yang penting dapat mengeratkan hubungan mama dan baby. Lepas Thaipusam baru habis tempoh berpantang saya. Menghitung hari untuk merdeka!

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu