07 February 2012

44 hari

Menjelang ke waktu malam, maka hari ini telah tamat tempoh berpantang saya selama 44 hari. Berpantang kali kedua lebih 'tenang' pengalamannya jika dibandingkan dengan berpantang kali pertama. Walaupun sebulan lebih berpantang sendiri, alhamdulillah, saya dapat lalui hari-hari tersebut dengan lancar.

Dan semalam saya telah selamat sampai ke kampung. Mulanya ke kampung nenek di Selandar dan seterusnya balik ke rumah ayah di Gemencheh. Abang telah pulang ke Semenyih hari ini dan akan menjemput kami semula pada minggu berikutnya. Mesti sunyi sepi tanpa kami di sana.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails