Kakak Fina

Sudah sebulan lebih Fina tidak ke Taska. Masa awal saya berpantang tempoh hari, adalah dia pergi dalam 3-4 hari sahaja. Selebihnya, banyak public holiday yang bersambung-sambung dan bila dah start cuti, susahlah nak bangun pagi semula. Lagipun rasa sunyi bila Fina tak ada di rumah. Kalau tak, ada juga teman bergaduh manja. Sekarang bila Baba dah tukar ofis di Jelebu, jawabnya tak pergi Taska langsunglah selepas ini. Nanti saya masuk kerja penghujung Mac, Fina pun masuk taska semula. Tetap nak mamanya yang hantar ke Taska hari-hari. 

Bila dah duduk 24 jam di rumah, dah penat main seorang, Fiqah lah yang akan dibeleknya. Dicubitnya pipi Fiqah, dipeluknya bila suka, bila Fiqah muntah cepat-cepat dilapnya, diselimutkan Fiqah bila dia tidur, bila Fiqah nangis sikit terus panggil saya cakap 'mama, baby nak nenemlah'.


Kalau nak mandikan Fiqah, Fina tolong bukakan stokin dengan sarung tangan. Bila saya nak pakaikan baju Fiqah, Fina yang keluarkan benda-benda yang nak letak pada baby selepas mandi, losyen, minyak yue yi, minyak rambut dan sapukan vicks pada dada baby. Kadang-kadang, masa nak pakai barut, Fina lah yang ambil tali barut tu satu persatu dan pegang bagi saya.

Sekarang ini, kalau Fina keluarkan permainan, disusunnya sekeliling Fiqah. Nak suruh Fiqah main sama. Bear diletaknya di sebelah bantal Fiqah, patung ultraman pun kadang-kadang dah jadi peneman tidur Fiqah. Bila baby tidak tidur, disuruhnya baby main dengan dia. Macam gambar kat atas, kakak Fina tengah sibuk ajar baby tekan piano.

Apa yang saya perhatikan, macamana sekalipun Fina buat Fiqah, selalunya Fiqah senyap dan nampak layan sahaja akaknya itu. Tidak pernah sekali Fiqah menangis atau merengek. Macam tau-tau aje, inilah akaknya. Tunggulah Fiqah besar, boleh main sama-sama dengan kakak Fina nanti.

Minggu ini Fiqah memasuki usia 2 bulan. Sekejap pula rasanya.




Comments

  1. waaa... ini mau lawan dakEpal nih!
    sebijik goman fina...

    ** dik, ko buang la word verification ni.. leceh la...

    ReplyDelete
  2. kakngah: fiqah tengah kejar akak epal tu dari belakang tahap ke'bambam' nye..hi2.. pasni boleh tgkap gambr sama2. tggu fiqah tu tumbuh rambut eh..

    aku mana ada buat ape2 kat comment tu, kat mana nak buang? skrg ni, nk komen blog org pun x boleh.mls aku dah godek2 cari x jumpa.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu