Sesi Latihan

Memandangkan Fiqah dah berusia sebulan lebih, jadi saya telah mula melatih Fiqah minum EBM menggunakan botol susu. Mulanya nak beli juga puting susu MAM atau botol tomee tippee yang lebih berbentuk seperti puting ibu, tapi bila fikir kalau puting susu tu dah bocor, susah pula nak cari beli yang lain. Jadi saya guna puting biasa sahaja. Saiz s sebab Fiqah masih kecil. Setakat ini, Fiqah mahu hisap, cuma makan masa juga tunggu dia hisap betul-betul. Dikemam-kemam nya puting susu tu dahulu. Terkulat-kulat. Dia rasa lain daripada hisap direct daripada saya.

Sekarang saya latih Fiqah hisap susu guna botol sehari sekali. Bila dah masuk bulan 3, saya cadang nak tambahkan sesi untuk dia biasakan diri apabila saya masuk bekerja nanti.


Saya pernah terbaca " bayi tidak akan biarkan dirinya lapar". Jadi kena sabar untuk melatih bayi, lama-lama dia akan biasa dengan rutin dan tiada masalah sekiranya kita bekerja dan ingin memberi susu ibu. Cuma masih ada segelintir pengasuh yang tidak ada pendedahan tentang pengendalian susu ibu. Jadi, kenalah berbincang dan cari penyelesaian yang menyenangkan pengasuh kita. Pegang pada prinsip, pengendalian susu ibu adalah amat mudah sekiranya kita tahu dan belajar menguruskannya dengan teratur. Lebih-lebih lagi, pada masa sekarang banyak gadjet yang boleh dibeli untuk memudahkan pengendalian susu ibu. 

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu