Update

Alhamdulillah, Fina sudah sembuh dan pulih sepenuhnya. Bergilir-gilir baba dan mama menjaganya di rumah. Khamis lepas dah pergi ke Taska semula. Betul cakap doktor, virus ini akan hilang dengan sendirinya. Tidak perlukan antibiotik ataupun ubat lain. Cuma masalahnya kanak-kanak hilang selera makan kerana sakit ulser yang tumbuh banyak dalam mulut. Selebihnya, penyakit akan pulih bila bintik-bintik keluar semua. Fina pun Jumaat lepas memang tak makan langsung. Menyusu pun tak nak. Lepas pergi Klinik, dia hanya makan aiskrim rainbow sebatang. Lepas sapu ubat ulser keesokkan harinya, baru boleh minum susu dan terus makan laksam kegemarannya sebungkus.


Dan sangat bersyukur, Fiqah tidak berjangkit dari Fina. Si bambam saya itu terselamat kali ini. Ahad lepas atuk dengan neneknya datang. Pergi kenduri 'mengantar orang sebelah' yang diadakan di Rinching. Kebetulan rumah pengantin perempuan depan taman saya tinggal. Jadi ayah dan umi datang jemput kami 3 beranak dan bawa kami ke kenduri kahwin. 


Hari sebelumnya, saya dan abang memenuhi jemputan kenduri kahwin member ofis di Bangi pula.

Tahniah untuk Pieja dan suami. Moga bahagia berkekalan hingga ke akhir hayat.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu