HFMD

Hari Rabu petang, cucuk Fiqah. Fiqah tak demam, yang demam Fina. Malam badannya panas sangat. Minta abang  belikan  ubat demam di Klinik Dinamik depan taman. Pagi kebah demam. Agak lama Fina tak kena demam. Selsema itu perkara biasa kalau tinggal ramai-ramai di Taska.  Hantar ke Taska pagi Khamis. Kebetulan ada Sambutan Hari Jadi bagi bulan Jan, Feb dan Mac di Taska Nasyrah.



Tengok badan Fina, ada tumbuh bintik-bintik merah kat tepi leher. Tapi dah tak demam. Jumaat pagi, ada pula bintik-bintik pada mulut, kaki, badan dan tangan. Pesan pada teachernya kalau banyak sangat, beritahu saya. Time rehat teacher nya sms. Fina tak nak makan, minum dan nyusu. Tidur pun tak boleh. Bintik merah pun dah banyak keluar. Memandangkan dah  hari Jumaat, saya ambil Fina bawa naik ofis. Tunggu jam 5 petang, balik dan malamnya ke Klinik Dinamik.


Dekat Taska Nasyrah ada kes HFMD minggu-minggu sebelum saya naik kerja. Minggu ini pun ada 2-3 orang yang kena. Mungkin Fina kena jangkitan tersebut di Taska. Lagipun Fina baru je masuk Taska hari Isnin. Doktor kata, HFMD ini sejenis virus. Akan baik sendiri selepas beberapa hari. Jadi, doctor beri ubat demam dan ubat sapu ulser dalam mulut. Alhamdulillah, semalam Fina dah boleh menyusu dan makan. Makin sihat dan aktif bermain, Cuma bintik-bintik merah itu masih ada dan belum hilang. Ambil masa beberapa hari untuk hilang sepenuhnya. Menurut pembacaan saya di  internet, penyakit HFMD ini akan hilang dalam tempoh 7 hari. Fina kena hari Rabu, dan hari ini masuk hari ke 5. Minggu depan insyaallah Fina pulih sepenuhnya.

Jangkitan paling mudah berjangkit melalui air liur. 2 hari di rumah, saya pesan Fina agar jangan cium Fiqah. Takut berjangkit ke Fiqah pula. Setakat pagi ini, Fiqah sihat. Fina pun semakin pulih. Ujian Allah, diturunkan kesakitan untuk kita belajar menghargai erti kesihatan. Itu baru sakit biasa, kalau anak kena sakit yang ‘luar biasa’ mungkin kita akan bertambah risau.

Fina cepat sembuh ye sayang..Dah makin kurus Fina sejak masuk umur 3 tahun ini.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu