Apam Pelangi


Asyik buat apam saiz comel2 jer..Sekali sekala, saya buat saiz besar. Isi adunan dalam satu loyang, senang kerja. Kukus sekali sahaja. Ini apam pelangi yang saya buat untuk minum petang semalam. Senang je buat apam ini. 

Resepi saya ambil dari MyResepi.

Bahan-bahan:
 250 gula
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil ovallete
Pewarna ikut suka

Cara-caranya:
Pukul telur dengan gula hingga kembang.
Masukkan esen vanilla.
Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar.
Akhir sekali masukkan ovallete.
Pukul hingga adunan menjadi ringan.
Bahagikan adunan, dan warnakan ikut warna yang disukai.
Kukus hingga masak.

Boleh juga letak dalam cup kertas untuk saiz apam yang kecil-kecil.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..