10 April 2012

Kuewtiaw - aiskrim

Semalam baba Fina kena bertugas di PPA, Jelebu. Jadi menu malam tadi ringkas sahaja. Untuk makan malam saya dan Fina.

Kuewtiaw Kung Fu

Salah satu makanan kegemaran saya.
Salut kuewtiaw dengan telur dahulu, dan sediakan kuahnya.
Untuk pekatkan kuah, tambahkan sedikit dengan tepung jagung.


dan ini aiskrim Malaysia. Kegemaran Fina.
Aiskrim perisa milo.


Cuma beli plastik aiskrim, bancuh air, masuk dalam plastik.
Simpul atasnya dan siap untuk dibekukan.
Semua orang tahu buat, cuma jarang-jarang nak buat.
Saya buat pun kerana Fina sakit mulut, jadi bila dia nak makan aiskrim, boleh ambil dari peti ais di rumah sahaja. Tak payah nak beli aiskrim kat kedai.

2 comments:

  1. nk kuewtiaw....ais krim tu lma dh xmkn.trliur plak w/pon ais krim bdoh2 jerk..hahaa

    ReplyDelete
  2. ais krim tu dah lama saya tak nampak jual kat kedai..teringat pulak zaman kanak2. ^-^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails