Mengendalikan EBM harian

Bagaimana saya mengendalikan bekalan harian stok EBM Fiqah?
  • Isikan susu ikut sukatan yang Fiqah minum. Fiqah minum 3oz -3.5 oz sebotol. Bekalan 5 botol sehari pagi hingga petang.
  • Susu yang saya pam di tempat kerja pada hari ini, akan disimpan 3 botol untuk stok di taska keesokan harinya. Susu yang lebih, akan dibuat stok frozen EBM. So, tiada masalah jika stok frozen berkurangan sebab saya dah refill semula.
  • Malamnya, ambil 2 stok frozen EBM dan rendam dalam air yang diletakkan dalam jag. Tujuannya agar susu akan cair untuk kegunaan keesokan harinya.
3 fresh EBM dan 2 stok frozen EBM letak dalam jug untuk dicairkan.
  • Pagi esoknya, saya pindahkan frozen EBM yang telah cair ke dalam botol bagi memudahkan kerja pengasuh.
  • Setiap hari bekalan 5 botol EBM akan diletakkan dalam bekas yang  bertutup untuk dipindahkan ke peti ais taska Fiqah.
Selalunya, Fiqah tidak habis minum 5 botol tersebut. Kecuali pada hari-hari tertentu yang memerlukan bekalan yang banyak, memang akan habis. Cuma saya bekalkan lebih agar tiada masalah jika EBM habis semasa saya pergi bekerja. Biar lebih, jangan kurang. Jika stok fresh EBM yang tidak habis, saya akan jadikan stok frozen. Kalau stok frozen yang tidak diminum pula, saya akan campurkan dengan susu formula Fina dan bagi Fina minum bagi mengelakkan pembaziran. Setiap titisan amatlah berharga bagi mereka yang melalui! Fiqah akan direct BF di rumah selepas waktu saya kerja ada dan juga pada hari cuti. Jadi, saya tak akan beri Fiqah EBM menggunakan botol di rumah. 

 
Formula penyimpanan EBM untuk rujukan makngah:

 
Fresh EBM - tahan 3-5 hari di dalam peti ais bahagian bawah.

Frozen EBM -
  • tahan 3 bulan di dalam frozen peti ais 2 pintu.
  • tahan 2 minggu di dalam peti ais 1 pintu.
  • tahan 6 bulan di dalam deep freezer.
EBM yang telah dipanaskan - tahan 1 jam.
EBM yang baru dipam dan letak didalam suhu bilik - tahan hingga 8 jam.

Setiap cara pengendalian adalah berbeza mengikut kesesuaian masing-masing. Cuma carilah cara yang memudahkan dan menyenangkan kita. Jika pada awalnya kita rasa agak rumit, tetapi apabila sudah biasa, susu ibu amat MUDAH dan SANGAT SENANG untuk dikendalikan

 

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..