Rutin

Dah hampir 2 bulan baba F&F bertugas di tempat baru. Sejak di PPA, Jelebu, dalam 2 minggu sekali saya akan ditinggalkan bersama anak-anak. Mmmm..mulalah jadual pagi-pagi kucar kalau tiada abang. Kalau tak, saya hanya masuk kereta, terus hantar Fiqah dan menuju ofis. Selebihnya, abang yang tolong keluarkan kereta, masukkan barang, kunci semua pintu dan pintu pagar. Peranan yang kecil sahaja kan, tetapi sebenarnya banyak membantu meringankan tugas saya setiap pagi. Begitulah hidup suami isteri. Saling lengkap melengkapi.

Beberapa minggu yang saya lalui selepas naik bekerja semula sudah semakin teratur jadualnya. Saya kembali terbiasa dengan rutin harian. Keluar dari rumah seawal jam 6.40 pagi, hantarkan Fiqah ke taska dan seterusnya hantar Fina di taska ofis. Kalau sampai awal, saya mandikan Fina dahulu di Taska. Jalan agak sesak di waktu pagi, tetapi tidaklah terlalu teruk. Dalam pukul 7.30 pagi paling awal boleh sampai di Putrajaya. Taklah semput nak mengejar waktu punch card.

Apa yang memberi kelebihan apabila saya drive sendiri ialah saya boleh sampai di rumah awal. Dekat-dekat pukul 6 petang dah sampai ke Semenyih. Kalau dulu, naik kereta dengan abang, dekat Maghrib baru sampai rumah. Saya balik tepat pukul 5 petang, jadi kurang sesak di jalan raya. 2-3 minggu ini tak pernah lagi balik lewat. Jadi, tak penat sangat bila sampai rumah awal.

Selainnya, rutin di rumah seperti biasa, balik bf Fiqah dahulu, masak, buat kerja rumah apa yang patut dan tidur. Rutin sama 5 hari seminggu. Pagi pergi kerja, petang balik, malam baru masa dengan family. Macamana penatpun, sebagai seorang ibu kita berjaya melakukan semua tugas kita dengan jayanya kan. Kerja sebagai seorang ibu tidak mengenal erti penat. Tidur malam pun secara automatik akan terjaga bila anak nak menyusu. Memahami setiap reaksi anak-anak, melayan setiap kerenah mereka yang adakalanya menguji kesabaran. Walau letih, digagahi selagi terdaya.

Besar tanggungjawabnya dan besar juga ganjaran pahalanya jika semua yang kita lakukan semata-mata dengan niat mencari redha Allah. Beruntung kita masih bernafas di muka bumi ini. Bila-bila masa kita akan dipanggil oleh -Nya dan mudahan kita tergolong dalam golongan orang yang beriman.
Buat kerja dengan rasa ikhlas, bagai tidak terasa bebanannya. Jika dibuat dengan rasa sebu, tentu makin berganda beratnya.


Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu