Akak Fina


Dah lama tak cerita pasal AhKAK EENA ni. Fina masih mengekalkan tahap 'manja' nya itu walaupun dah jadi seorang kakak. Jatuh sikit, menangis sekampung. Lepas baik dari HFMD bulan lepas, Fina dah kuat makan. Tapi badannya slim ler jika dibandingkan masa zamannya bambam dulu. Fiqah pula yang menyambung kemontelan akaknya  masa kecil.

Cakap makin fasih, cuma versi pelat. Kadang-kadang hanya saya seorang yang faham apa yang Fina cakap. Bila balik kampung, jadi tukang terjemah apa yang dia cakapkan. Baru orang lain faham. Naluri keibuan memang begitu agaknya. Ibu sahaja yang faham apa yang anaknya luahkan dari segi kata-kata mahupun perbuatan.

Fina suka pergi sekolah. Dapat jumpa ramai kawan. Bila tanya nak sekolah kat baby tak. Terus jawab tak nak. Nak sekolah kat ofis mama. Ada sahaja lagu yang dinyanyinya bila balik dari taska.

ANAK GAJAH BERKAKI EMPAT
KAKI EMPAT
BADANNYA SANGAT BESAR
TAPI GAJAH TAK MAKAN ORANG
YAYAYA...YAYAYA...

*********************************

LIMA JARI-LIMA JARI -LIMA JARI
TAP..TAP..TAP..
TUNJUK ATAS
TUNJUK BAWAH
SATU JARI
TAP....TAP...TAP....

*********************************

WATERMELON
WATERMELON
PAPAYA
PAPAYA
BANANANA
BANANANA
PINEAPPLE
PINEAPPLE
FRUIT SALAD

**********************************

Lirik sebenar, saya tak tahu. Ini yang saya translate dari apa yang selalu dia nyanyi. Kadang-kadang tak faham apa yang dia nyanyi sebab slang masa nyanyi amatlah pelat.

Sangat suka melawa. Belum mandi, dah nak pakai gincu. Bila Fiqah menangis, terus dia cakap ' na tak buat baby pun'. Cakap untuk lindungi diri. Tapi Fina sayangkan Fiqah. Sebagai tanda sayangnya ada sekali tu, dicontengnya pipi montel Fiqah masa saya di dapur. Nak marah pun tak sampai hati. Sebab rasa kelakar pula bila tengok pipi kiri dan kanan Fiqah berconteng. Anak, bila tiada sunyi. Bila ada, dialah yang jadi teman gaduh, teman bergurau, teman bersuka dan teman penghibur hati.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu