Fiqah


Fiqah kena selsema semalam. Perkara biasa kalau tinggal di taska. Selsema, kejap baik, kejap kena balik. Dah duduk ramai-ramai. Saya tak bagi ubat sebab Fiqah kecil lagi. Hanya sapu vicks pada dada, belakang badan dan tapak kaki Fiqah. Masa tidur, tinggikan bantalnya agar senang Fiqah bernafas. 

Fiqah masih mengekalkan reputasinya sebagai seorang baby yang mudah untuk dijaga. Tak pernah mengamuk, jarang menangis dan tidur nyenyak di waktu malam. Rasa senang dan seronok menguruskan Fiqah. Kadang-kadang, waktu malam Fina yang menangis mengigau. Fiqah ok jer, cuma bangun menyusu sahaja bila lapar.

Cuma masalah sampingan Fiqah ialah kulitnya agak sensitif. Terutamanya di kawasan bawah leher dan kelopak telinga. Cepat merah bila tidak dilap kering atau berpeluh. Rabu lepas bawa Fiqah ke Klinik Dinamik untuk jumpa doktor. Cuping telinga Fiqah bernanah dan belakang kelopak telinganya merah. Doktor kata alahan. Diberi ubat sapu. Bukan apa, saya takut merebak dan bertambah teruk pula kulit Fiqah. Lagipun, bila waktu nak tidur Fiqah selalu usik telinganya dengan tangan. Mungkin gatal agaknya. Itu yang makin merah telinganya. Dah ok telinga Fiqah 2 hari ini. Cuma saya masih sapu ubat agar kulitnya sembuh sepenuhnya.

Selain masalah kulit sensitif, Fiqah kekurangan stok stokin. Ada banyak stokin, tapi kebanyakannya dah tak muat. Fiqah ni kaki kecil tapi bahagian betis atas buku lali tu yang besar. Peha, lagilah berlapis. Jadi, kalau stokin saiz kecil memang akan jadi sempit dan ketat di bahagian kakinya. Jadi untuk elakkan selalu bershopping stokin baru, mamanya terus memborong stokin sekodi. Amik..boleh si Fiqah pakai sampai besou..   


dan kapasiti EBM yang ditinggalkan untuk Fiqah di taska telah bertambah. Kalau dulu saya tinggalkan 4 botol, sekarang saya tinggalkan 6 botol susu. Khamis lepas, pengasuh Fiqah msj, kata susu Fiqah tak cukup. Haritu Fiqah kerap menyusu. Growth sport kot. Terus mamanya balik dari Putrajaya ke Semenyih untuk hantarkan stok susu. Apa sahaja demi anak tercinta. Asalkan perut Fiqah kenyang dengan susu saya. Tak sanggup nak suh pengasuh topup dengan susu formula. Baliklah saya dengan bekalan susu yang dipam di ofis.


Start minggu depan saya bekalkan 3 fresh EBM dan juga 3 frozen EBM. Nasib baik stok EBM dalam peti ais ada, kalau tak, risaulah saya nak buat stok susu. Biar lebih bekalan tak apa, jangan terkurang dan Fiqah lapar di taska. Tapi selalunya Fiqah habiskan 5 botol EBM. Lebih 1 botol lagi,  saya bekalkan untuk standby kalau-kalau Fiqah kuat menyusu pada hari-hari tertentu. Percayalah, bila tengok anak membesar dengan sihat dan montel dengan susu sendiri, kita tidak akan berasa penat untuk menyusukannya dan mengepam bila bekerja kerana kita tahu apa yang terbaik untuk anak kita. Kasih ibu ~ hingga mati.

Comments

  1. Alololo.... Bam2 nyek dia.... Hehehehe

    Baya dakepal ke ni?

    ReplyDelete
  2. ikut tahun sebayalah. kalau bulan, dakepal tua sebulan.

    ReplyDelete
  3. salam kenal. comelnye dia..bambam gitu..hehe. i dah follow blog ni.follow i balik ye..tq..;D

    ReplyDelete
  4. salam kenal..memang super cute mummy lah u ni..nanti i follow..

    ReplyDelete
  5. kak..nk blaja fully BF nga akak ni..nati pos bnyak2 ek psal EBM..nk baca..bibah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..