Keputusan Peperiksaan Fina
Diam tak diam, telah masuk bulan keempat Fina bersekolah darjah 1. Alhamdulillah, Fina sudah sesuaikan diri dengan jadual hariannya. Sudah boleh menerima proses pembelajaran sedikit demi sedikit. Jujur saya katakan, saya dan abang tak pernah paksa Fina untuk belajar di rumah. Kami biarkan sahaja dia bermain dan cuma waktu malam saya akan ajar dia mengaji Iqra' di rumah. Itupun kalau dia dengan sukarela nak mengaji. Saya tak mahu dia terbeban dengan pelajaran sebab dia masuk sekolah awal setahun.
Setakat ini, Fina tidak lagi mengeluh macam awal Januari dulu. Dia cakap, Fina tak nak sekolah sini, Fina nak sekolah Nasyrah..Susahlah sekolah ini mama.. Kesian saya dengarnya, tapi dengan izin Allah, lama-kelamaan Fina tidak lagi bercakap begitu atau merungut dengan sekolah barunya. Awal-awal persekolahan, pensil hari-hari hilang, duit hilang, beg duit tinggal kat kantin, botol air dah 3 botol hilang, selalu shopping kat koperasi, kasut kotor, bermacam ragam. Bila saya hantar dia setiap pagi di pagar sekolah, tengok dia berjalan memasuki perkarangan sekolah, terasa dalam hati cepat benar anak saya membesar. Pandai dia berdikari dengan usia 6 tahun dah bersekolah.
Hari ini saya semak keputusan peperiksaan sekolahnya. Ibu bapa boleh menyemak keputusan peperiksaan anak-anak dengan sistem online SAPS yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan. Fina dapat nombor 12 daripada 28 orang murid dalam kelasnya. Alhamdulillah. Satu keputusan yang amat saya hargai atas daya usahanya sendiri. Apa yang penting, kefahaman dia dalam pelajaran selari dengan perkembangan usianya.
Keputusan peperiksaan Fina untuk Ujian 1 :
BI - 62 C
BM- 93 A
Matematik - 98 A
Pendidikan Islam - 74 B
Dunia Sains dan Teknologi - 35 F
Satu subjek tak lulus, yang lainnya lulus. Tahniah Fina. Mama doakan Fina dapat belajar dan menimba ilmu dengan lebih cemerlang. Cemerlang dalam hidup bukan berdasarkan berjaya dalam akademik sahaja, tetapi mama doakan Fina turut berjaya dalam menetapkan tujuan dan matlamat dalam kehidupan di dunia dan di sana kelak.
Comments
Post a Comment