28 February 2014

Persediaan 3rd Baby

Cuti hujung minggu lepas saya dah cuci baju-baju 3rd baby. Keluar untuk shopping barang-barang keperluan  baby. Cuma yang belum ada ialah pampers baby. Itu nak tunggu seminggu dua lagi baru beli. Selainnya list yang perlu disediakan ialah :

Barangan baby
  • Rasanya barangan untuk baby dah hampir lengkap semua. 
  • Lampin pakai buang newborn. Ini kena beli untuk buat stok. Beli satu jer, kemudian stok yang lain kena beli saiz s. Sebab mengikut pengalaman saya, anak-anak saya ini membesar di luar dengan cepat. Kalau lahir 2kg lebih jer, bila dah sebulan dua akan naik berkilo-kilo. Jadi beli saiz besar sikit agar tidak membazir.
Barangan mama
  • Mandian herba TYT
  • Pati halia untuk sapu kat perut time guna bengkung.
  • Stok biskut, minuman dan makanan yang boleh dimakan masa berpantang.
  • Manjakani - untuk direbus bersama daun sirih dan buat basuhan untuk bagi luka epi cepat sembuh.
  • Selainnya dah lengkap dah, cuma nak sediakan beg untuk ke hospital dan letak dalam kereta untuk standby kalau-kalau nak bersalin. Ini rasanya boleh buat minggu depan.
Rutin harian masih diteruskan seperti biasa. Saya tidak merancang untuk cuti awal sebelum bersalin. Bila dah sampai masa bersalin, baru saya ambil cuti 3 bulan terus. Sebab rasa penat pula menunggu di rumah, buatnya tiada tanda-tanda 3rd baby nak keluar awal, rugi cuti awal. Tapi risau pula kalau tiba-tiba 3rd baby nak keluar time tengah kerja. Entahlah, harapnya dipermudahkan semua urusan kali ini. Seperti pengalaman F&F, memang ikut dekat-dekat tarikh due & time tengah cuti duduk kat rumah. Mengandung 3rd baby, rasa agak letih sebab kena travel pergi dan balik kerja.Uruskan F&F di rumah tentunya dengan bantuan baba banyak meringankan tugas saya. 

Masuk timester ketiga, keletihan agak ketara bila buat banyak kerja rumah. Berat jer badan rasanya, daripada berat asal 49kg, sekarang saya telah menjangkau ke 64kg. Mmmm...boleh kurus ke semula????..Insyallah, tapi saya jenis yang tak kurus terus lepas bersalin, bila dah berbulan-bulan baru susut, pastu jadi kurus kering pula. Macam-macam..Nak kurus kena bagi 3rd baby minum susu banyak, biar dia yg gemukz bukan mamanya.
Lebih kurang lagi 4 minggu waktu menunggu. Debaran tetap ada, setiap anak tak sama pengalaman bersalin dan tidak boleh dijangka apa yang akan berlaku nanti. Dalam masa yang sama, tak sabar nak lihat 3rd baby lahir ke dunia. Ya Allah, permudahkan lah semuanya. Amin.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails