Cerita dari Terengganu Part II

Sambungan dari N3 sebelum ini. Seperti yang dirancangkan kami memulakan perjalanan balik selepas Isyak. Sejak Raya Ketiga, hujan turun 24 jam tanpa henti, kalau reda pun kejap2 jer. Terdetik juga kegusaran di hati kalau2 hujan gini, tak kene banjir ke Terengganu. Tapi tawakal je la. Harap2 perjalanan kami selamat sampai ke destinasi.
Perjalanan dari Setiu akan melalui beberapa Daerah di Terengganu. Bermula dari Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, barulah akan memasuki Negeri Pahang. Setelah beberapa jam meredah hujan, dan beberapa kali aku&fina tidur-bangun, tiba2 rasa berat je kereta. Rupa-rupanya kami terpaksa meredah banjir di DUNGUN. Berdebar2 gak dalam hati, mula la terfikir bukan2. Enjin kereta abg pun dah bunyi semacam je. Kalaulah tiba2 enjin kereta mati, alamatnya, tak sampai la kami ke Kajang. Cepat2 suh abg matikan air-corn, biar ringan sikit kereta. Time tu rasa macam naik ferry pun ada. Terus hilang rasa mengantuk.

Alhamdulillah, kereta biru kesayangan abg tu dengan selamat meredah banjir. Abg cakap kalau redah air/banjir ni, satu je kena jaga, jangan biarkan enjin kereta mati. Kalau enjin kereta mati, air akan masuk ke ekzos dan akan menyebabkan kerosakan enjin. Kira ini pengalaman pertama aku meredah banjir. Selalu redah lopak2 air jer. Apelah sangat kan. Cemas gak, tapi syukur kami sekeluarga selamat. Selepas itu kami meneruskan perjalanan, kalau ade signboard 'BANJIR DI HADAPAN' mulalah segar semacam jer mata. Lepas dari Dungun, masuk ke area Kemaman, syukur banjir belum melanda kampung2 di situ.
Opps, tak habis lagi N3 cerita dari terengganu ni, ada 1 lagi peristiwa yang tidak dapat dilupakan dalam perjalanan pulang kami. Nak tau, tunggu next N3 di Part III.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

28 Minggu

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..