Petrosains KLCC
Petrosains adalah salah satu cadangan tempat yang sangat bagus untuk berhujung minggu dengan anak-anak sambil menjelajahi dunia sains dan teknologi. Kali pertama ke Petrosains rasa amat seronok dan menjadi pengalaman yang menakjubkan. Tak rasa bosan langsung dan yang amat penting setiap masa dipenuhi dengan aktiviti yang boleh menambahkan pengetahuan. Fina pun bila balik dia minta kami bawa dia lagi ke Petrosains. Seronok sangat dia dapat pergi ke sana. Harga tiket adalah berpatutan. Kami beli tiket untuk pakej keluarga- dua dewasa dan dua kanak-kanak berharga RM31.80. Maklumat lanjut boleh tengok di website Petrosains. Memang tak rugi beriadah di sana. Walaupun agak keletihan sebab perjalanan dalam kawasan Petrosains akan memakan masa lebih kurang 3-4 jam, tapi percayalah semuanya amat berbaloi. Kawasan penerokaan yang luas dan semua tempat diisi dengan sesi pembelajaran dan pameran dunia sains yang memberi manafaat. Kami berkesempatan melawat ke Petrosains Sabtu lepas. Lagi
Thx for joining~!!
ReplyDeleteWish u luck + happy 2010...
Tqvm!!!!
ReplyDelete